Utusan Borneo (Sabah)

SK Pekan Menumbok A juara Bola Sepak 7 Sebelah Yayasan Bank Rakyat Daerah Kuala Penyu

-

KUALA PENYU: Sekolah Kebangsaan­PekanMenum­bok (SKPM) A muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Yayasan Bank Rakyat Peringkat Daerah Kuala Penyu Kategori Bawah 11 tahun yang berlangsun­g di Padang Bola Sepak SK Sangkabok pada 15 hingga 16 Ogos yang lalu.

Di perlawanan akhir, pasukan SKPM A mengecewak­an pasukan SK Kiligus 2-0 untuk membawa pulang piala, sijil dan wang tunai berjumlah RM2,500.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia(KPM)itudirasmi­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Turut hadir Pegawai Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Sabah, Jauhan Haji Aweh, Timbalan PPD Kuala Penyu, Dulamit Haji Bongsu, Ketua Unit Kokurikulu­m, Abd Rahman Taib dan Pengetua SMK Kuala Penyu, Matruddin Radin.

Guru Besar Cemerlang SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua jurulatih dan pemain pasukan SKPM A yang berjaya merangkul juara kejohanan tersebut sekaligus mengharumk­an nama sekolah tersebut.

“Saya bersyukur pasukan SKPM A berjaya muncul johan pada tahun ini. Kejayaan ini dapat dilihat kualiti bakatbakat muda yang beraksi dalam kejohanan ini hasil daripada gandingan usaha jurulatih, Pasukan Ultras SKPM daripada golongan ibu bapa serta kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Menumbok,”katanya.

Nordin berkata, pihaknya akan terus memberikan tumpuan kepada programpro­gram pembanguna­n bola sepak seperti Program Kebitaraan Bola Sepak dan Klinik Bola sepak SKPM yang merupakan jalinan kerjasama PDRM di bawah bimbingan jurulatih Koperal Mohd Izammuddin Mohd Yusof yang terllibat aktif dalam membentuk dan memberi latihan profesiona­l di peringkat akar umbi.

“Kami berharap kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Pihak sekolah sentiasa bersikap tangan terbuka dalam membantu melahirkan pemain bola sepak yang berdaya saing tinggi,”katanya.

Pasukan SKPM A akan mewakili Daerah Kuala Penyu ke peringkat negeri di Telupid Sandakan, Sabah pada 9 September ini.

Nordin berharap semua pemain akan berusaha gigih dan memberikan saingan sengit kepada pasukan lain di peringkat negeri kelak.

 ??  ?? PARA pemain pasukan SKPM A bergambar kenangan bersama Pasukan Penyokong Ultras Menumbok, Jurulatih Koperal Mohd Izammuddin Mohd Yusof (dua kiri), Nordin Mohd Taip (sembilan kanan) dan Jauhan Haji Aweh (lapan kanan).
PARA pemain pasukan SKPM A bergambar kenangan bersama Pasukan Penyokong Ultras Menumbok, Jurulatih Koperal Mohd Izammuddin Mohd Yusof (dua kiri), Nordin Mohd Taip (sembilan kanan) dan Jauhan Haji Aweh (lapan kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia