Utusan Borneo (Sabah)

Satu lagi emas untuk Malaysia pada hari kelapan Asiad 2018

-

JAKARTA: Kontinjen Malaysia kembali mempamerka­n aksi terbaik selepas menambah satu pingat emas dan perak serta tiga gangsa padah ari kelapan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia, pada Ahad.

Kilauan pingat emas kedua negara disumbangk­an oleh ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang mengetepik­an saingan sengit pemain muda negara, S. Sivasangar­i; 11-13, 11-9, 511, 11-6 dan 11-8 pada aksi final perseorang­an wanita di Stadium Skuasy, Gelora Bung Karno, di sini.

Atlet karate negara, S. Prem Kumar menghadiah­kan gangsa untuk kontinjen negara selepas menewaskan wakil Hong Kong, Lee Chun Ho 5-0 pada aksi penentuan pingat gangsa acara kumite bawah 60kg lelaki di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta.

Dua lagi gangsa hadir menerusi acara silat selepas dua pesilat negara iaitu Mohamad Hazim Amzad dan Muhammad Robial Sobri, kalah kepada lawan masingmasi­ng pada peringkat separuh akhir kelas Putera C (55-60kg) dan Putera I (85-90kg).

Tambahan lima pingat hari ini menyaksika­n kontinjen negara sudah meraih dua emas, lima perak dan lima BERNAMA gangsa sejak hari pertama pertanding­an pada 19 Ogos lepas.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini meraih satu emas dalam acara boling trio wanita; empat perak dalam acara ekuestrian, boling trio lelaki dan berpasukan wanita serta sepak takraw (regu berpasukan), selain dua gangsa, masingmasi­ng disumbangk­an atlet taekwondo, Yap Khim Wen dalam acara Poomsae individu wanita dan pemain skuasy negara, Mohd Nafiizwan Adnan dalam acara perseorang­an lelaki.

Dalam pada itu, juara

bertahan China hampir pasti dinobatkan selaku juara keseluruha­n pada edisi ke18 temasya sukan itu selepas kekal unggul menerajui carta kutipan pingat dengan 78 emas, 59 perak dan 37 gangsa, diikuti Jepun (40-3448) manakala Korea Selatan di tempat ketiga dengan pungutan 27-30-37.

Hari ketujuh pertanding­an turut menyaksika­n lima rekod baharu kejohanan dicipta, iaitu masing-masing satu rekod dalam acara olahraga, dua rekod dalam acara menembak dan dua rekod dalam acara angkat berat. - Bernama

 ?? - Gambar ?? ATLET Squash Negara Datuk Nicol David bersama Sivasangar­i Subramania­m menunjukka­n pingat masingmasi­ng selepas perlawanan akhir pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Gelora Bung Karno.
- Gambar ATLET Squash Negara Datuk Nicol David bersama Sivasangar­i Subramania­m menunjukka­n pingat masingmasi­ng selepas perlawanan akhir pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Gelora Bung Karno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia