Utusan Borneo (Sabah)

Melaka United belasah PDRM 6-1

-

KUALA LUMPUR: Melaka United membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 61 malam ini untuk melonjak ke tangga kedua Kumpulan B dengan kutipan enam mata dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Melaka United membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurna­kan Ifedayo Olusegun pada minit ke-11, setelah rakan sepasukann­ya Yahor Zubovich dijatuhkan pemain lawan, Hazwan Fakhrullah Mohd Zuridi dalam kotak penalti di dalam perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Berikutan itu pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin melayangka­n kad kuning pertama kepada Hazwan Fakrullah.

Selang dua minit kemudian kealpaan benteng pertahanan PDRM kemudian dihukum Syahrul Azwari Ibrahim dengan jaringan kedua buat Melaka United dan pemain itu sekali lagi meledakkan gol ketiga buat pasukan pada minit ke-44.

PDRM pincang pada separuh masa kedua selepas Muhammad Nazmi melayangka­n dua kad merah masingmasi­ng kepada Khairul Izuan Abdullah setelah didapati mengasari pemain lawan pada minit ke-48 manakala Hazwan Fakhrullah menerima kad kuning kedua pada minit ke-52 atas kesalahan yang sama.

Melaka United memanfaatk­an kepincanga­n The Cops yang terpaksa bermain dengan sembilan pemain apabila meraih gol keempat menerusi Shahdan Sulaiman pada minit ke-54 kemudian Zubovich menambah derita PDRM dengan dua jaringan pada minit ke-56 dan ke-69.

PDRM memperoleh gol sagu hati menerusi pemain gantian Mohamad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke86.

Felda United kekal menerajui Kumpulan B dengan kelebihan satu mata di depan Melaka United diikuti PKNS FC dikeduduka­n ketiga dengan empat mata dan PDRM dikeduduka­n terakhir dengan satu mata.

Sementara itu, saingan Kumpulan C menyaksika­n, pasukan MIFA memintas Johor Darul Ta’zim dengan tujuh mata dan berada di kedudukan teratas kumpulan selepas seri menentang Kedah 22 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Bermain dengan 10 pemain tidak menghalang skuad kendalian K.Devan berada dalam kedudukan teratas meskipun ketinggala­n 0-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain import Kedah, Sandro Da Silva pada minit ke-31.

Pemain MIFA, Kpah Sean Sherman dilayangka­n kad merah kerana melakukan bentesan keras kepada pemain import Kedah, Liridon Krasniqi pada masa tambahan separuh masa pertama perlawanan.

Babak kedua perlawanan menyaksika­n MIFA menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan pemain import L’Imam Seydi dari Perancis pada minit ke-51 namun Abdul Halim Saari berjaya menambah gol buat Kedah pada minit ke-55.

Pemain tengah MIFA, R.Barathkuma­r menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menyaksika­n keputusan seri 2-2. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia