Utusan Borneo (Sabah)

Regu negara hampiri kilauan emas

-

PALEMBANG: Skuad sepak takraw negara hanya selangkah lagi untuk mencapai kilauan pingat emas selepas mudah menumpaska­n Singapura 2-0 pada aksi separuh akhir acara antara regu temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, pada Isnin.

Pada aksi yang berlangsun­g di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring di sini, barisan anak buah Abdul Talib Ahmad menepati ramalan untuk menang set pertama 21-8.

Percaturan Ketua Jurulatih Abdul Talib Ahmad yang tidak menurunkan tekong utama Mohammad Syahir Mohd Rosdi, sebaliknya bergantung kepada tekong simpanan Muhammad Zulkifli Abd Razak jelas tepat apabila regu negara turut memenangi set kedua dengan catatan mata 21-8.

Pada aksi final hari ini, regu negara bakal berdepan sama ada pasukan tuan rumah Indonesia atau Korea Selatan yang sedang beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang dilangsung­kan serentak.

Sementara itu, Abdul Talib memuji pemainnya dan menyifatka­n kejayaan mereka sehingga berjaya melangkah ke final itu adalah hasil daripada usaha dan kerjasama sepasukan.

“Saya melihat pemain kita saling membantu, maknanya sekiranya Muhammad Syahir tidak memjadi permainann­ya, maka Muhammad Zulkifli ada sebagai ‘back up’.

“Sama juga macam posisi perejam iaitu Mohammad Azlan Alias dan Muhammad Norhaffizi Abd Razak yang sentiasa bantu-membantu antara satu dengan yang lain,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Abdul Talib juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkina­n dengan pasukan mana yang akan bertemu skuad negara pada aksi final hari ini.

“Kita sudah ada strategi namun saya akan tengok dahulu siapa lawan kita di final dan selepas itu saya akan lihat kesesuaian siapa yang bakal diturun esok (hari ini),” katanya.

Acara itu menjadi sasaran kontinjen Malaysia untuk menuai emas seterusnya bagi mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang dilaungkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEREJAM skuad sepak takraw lelaki negara Muhamad Norhaffizi Abd Razak (tengah) membuat rejaman ketika beraksi menentang pasukan Singapura dalam acara Antara Regu peringkat separuh akhir pada Sukan Asia 2018 di Bandar Sukan Jakabaring pada Isnin.
- Gambar BERNAMA PEREJAM skuad sepak takraw lelaki negara Muhamad Norhaffizi Abd Razak (tengah) membuat rejaman ketika beraksi menentang pasukan Singapura dalam acara Antara Regu peringkat separuh akhir pada Sukan Asia 2018 di Bandar Sukan Jakabaring pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia