Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat patriotik

Bagi menangkis pelbagai cabaran termasuk kewujudan media sosial pada masa kini

-

KUCHING: Semangat patriotik perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menangkis pelbagai cabaran termasuk kewujudan media sosial pada masa kini.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana penggunaan media sosial tanpa kawalan dilihat sebagai ancaman yang mampu menggugat keharmonia­n masyarakat dan perpaduan kaum.

“Terdapat perkara-perkara yang tidak benar, tidak betul dan khabar palsu yang disebarkan melalui media sosial oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Maka itu, kita harus bersatu bagi mengekang apa jua unsur negatif yang dibawa bersama media sosial melalui pelbagai medium. Salah satunya dengan penganjura­n Kempen Kibar Jalur Gemilang seperti hari ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Sri Kandis, Kampung Siol Kandis di sini, Ahad lepas.

Melalui usaha sedemikian, Fadillah yakin keharmonia­n kaum dan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat dapat dikekalkan sekali gus turut dinikmati generasi akan datang.

Menurutnya, program itu bukan sekadar merapatkan ukhuwah, perpaduan dan jalinan kerjasama masyarakat malah mampu menyemarak­kan lagi semangat kenegaraan dalam diri rakyat negara ini.

“Semoga usaha ini (penganjura­n Kempen Kibar Jalur Gemilang) diteruskan dan berdoa agar negeri dan negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman, harmoni, makmur dan sejahtera.

“Ini adalah salah satu cara untuk kita membawa anakanak terutama generasi muda meraikan hari kemerdekaa­n dan seterusnya memupuk semangat patriotik dalam kalangan mereka,” katanya.

Dianjurkan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melayu dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Siol Kandis, pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pertanding­an menghias rumah dengan bendera, pertanding­an mewarna dan banyak lagi diadakan bagi memeriahka­n program tersebut.

Pada majlis itu, Fadillah turut menerima satu dokumen

“Terdapat perkara-perkara yang tidak benar, tidak betul dan khabar palsu yang disebarkan melalui media sosial oleh pihak yang tidak ” bertanggun­gjawab. DATUK SERI FADILLAH YUSOF Ahli Parlimen Petra Jaya

iaitu laporan mengenai Kampung Siol Kandis daripada Penghulu kampung itu, Amin Abdullah.

 ??  ?? FADILLAH menerima dokumen daripada Penghulu Kampung Siol Kandis Amin Abdullah (tiga kanan) pada Majlis Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kuching, Ahad lepas.
FADILLAH menerima dokumen daripada Penghulu Kampung Siol Kandis Amin Abdullah (tiga kanan) pada Majlis Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kuching, Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia