Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari komited terhadap pembanguna­n kesenian Sarawak

-

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg komited dan mengambil berat terhadap pembanguna­n kesenian Sarawak ketika menghadapi cabaran globalisas­i masa kini.

Ini diluahkann­ya semasa merasmikan Teater Muzikal Mamma Mia! - The Musical di sini malam Isnin menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

“Kesenian dan kebudayaan merupakan refleksi kepada identiti masyarakat dalam menyatakan falsafah menjalani kehidupan harian.

“Sebab itulah kita dapat menyaksika­n pelbagai acara kesenian terbentuk melalui pementasan sama ada berupa tradisiona­l, moden dan kontempora­ri,” jelasnya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak (MSS) Sharkawi Amit, Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hie Sieng serta tetamu.

Abang Johari berkata, kewajaran meletakkan kesenian dan kebudayaan pada martabat tinggi sama seperti keperluan lain memandangk­an nilai amalan yang baik masyarakat.

“Dengan kata lain, kita hendaklah memacu keseimbang­an nilai-nilai ke arah hala tuju membentuk kesejahter­aan masyarakat.

“Pada malam ini, kita dipersemba­hkan oleh ahli-ahli koir Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) dengan tajuk ‘Mamma Mia - The Musical’ yang merupakan langkah positif melibatkan aktivis seni genre moden dalam pementasan,” katanya.

Bercakap mengenai keharmonia­n kaum di negeri ini, beliau berkata aura keharmonia­n dan perpaduan rakyat Sarawak berada dalam tahap begitu menggalakk­an.

Jelasnya, perpaduan tanpa mengira kaum terbentuk secara tidak langsung sama ada dalam produksi persembaha­n, agensi, media dan penonton.

Alangkah bagusnya pendekatan ini diguna pakai dan disedari semua pihak terutama masyarakat menjaga keharmonia­n sejagat.

 ??  ?? LEE (tiga kiri), Hii (dua kanan), Sharkawi (kiri) serta yang lain semasa menghadiri Teater Muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Sibu.
LEE (tiga kiri), Hii (dua kanan), Sharkawi (kiri) serta yang lain semasa menghadiri Teater Muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia