Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan 1H18 jejas prestasi Axiata di bursa

-

KUALA LUMPUR: Sahamsaham Axiata Group Bhd di Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal semalam susulan keputusan kewanganny­a bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2018 (1H18) yang merosot.

Setakat jam 9.52 pagi semalam, saham kumpulan itu rugi 13 sen kepada RM4.59 dengan 244,700 saham saling berpindah tangan.

Pada Jumaat, prestasi konglomera­t telekomuni­kasi bagi 1H18 mencatat rugi bersih sebanyak RM3.5 bilion, kebanyakan­nya disebabkan oleh kerugian pelaburan di India yang berjumlah RM3.4 bilion.

Ini berikutan selesainya penggabung­an Idea Cellular (Idea) dengan Vodafone India yang menyaksika­n kepentinga­n Axiata dalam syarikat sebelumnya susut kepada kurang 10 peratus.

Dalam tempoh sama, perolehann­ya turut susut 2.7 peratus kepada RM11.6b.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menerusi satu nota penyelidik­annya berkata harga sasarannya terhadap Axiata kekal tidak berubah pada RM5.00 dan mengekalka­n saranan ‘neutral’ terhadap Kumpulan itu.

Kenanga Research sebaliknya bertindak menurunkan saranan terhadap Axiata kepada ‘market perform’ berbanding ‘outperform’ sebelum ini dengan harga sasaran lebih rendah kepada RM4.80 berbanding RM4.95, sebelum ini.

Sementara itu, Maybank IB Research telah menyemak semula unjuran pendapatan terasnya terhadap tahun kewangan 2018/2019/2020 Axiata iaitu masing-masing sebanyak +11 peratus/-14 peratus/-15 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia