Utusan Borneo (Sabah)

Hantu Kak Limah cipta dimensi baru raih RM32.5 juta

-

BUAT julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksika­n filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Jumlah kutipan tersebut yang diraih dalam tempoh 18 hari terus mencetus fenomena tersendiri dan masih rancak menerima sambutan baik oleh penonton di luar sana. Lebih membanggak­an apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabang­sa yang lain.

Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkak­an sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapka­n terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksika­n filem ini lebih dari tujuh kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.

HKL masih ditayangka­n di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

HKL membariska­n pelakon hebat seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarha­m Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan juga Dato’ Seri Vida.

Mengisahka­n Kak Limah lakonan Delimawati telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia