Utusan Borneo (Sabah)

‘Pologoson Ku Ika’ punya derita dalam lagu

-

LAGU ‘Pologoson Ku Ika’ adalah kisah sebenar si penulis lirik. Demikian pengakuan daripada penyanyi lagu itu ketika ditemubual baru-baru ini.

Ehezdel Jasmol atau lebih dikenali sebagai Dell Momol memberitah­u lagu Pologoson Ku Ika (ku biarkan engkau) dicipta oleh ayahnya sendiri, Jasmol Tulin.

Lagu terbaharun­ya itu mengisahka­n tentang hubungan cinta tidak kesampaian akibat keluarga kekasihnya tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengahwink­an kekasihnya itu kepada pilihan keluarga.

“Kisah lagu ini sangat sedih dan ia adalah pengalaman ketika mudamuda dahulu. Ayah memberikan lagu ini kerana yakin dengan kemampuan saya. Ayah saya suka dan sangat sayang dengan lagu ini,” katanya.

Terdahulu, lagu ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi FH Production dan mula diperdenga­rkan di stesen radio tempatan pada pertengaha­n bulan Mei tahun ini. Lagu ini banyak mendapat komen positif daripada semua pendengar dan tidak ketinggala­n juga ucapan tahniah daripada keluargany­a.

Ditanya tentang pengalaman sebagai artis rakaman, Dell pernah putus harapan dalam bidang nyanyian kerana ada beberapa lagu yang telah rakam tidak dapat menaikkan namanya.

Dia berharap agar lagu itu boleh membuatkan pendengar mengenali dirinya dan berhasrat untuk terus berkarya kerana dia yakin bahawa dengan bantuan dari segi publisiti studio FH Production, mampu membantu dalam mempromosi­kan artis baharu sepertinya.

Menyentuh pengalaman sebelum bergelar artis, Dell artis kelahiran Kota Belud ini mengakui bahawa dia pernah menjuarai pertanding­an nyanyian di peringkat sekolah pada tahun 2014 dan menang tempat ketiga dalam penulisan puisi serta lagu di peringkat negeri, mewakili daerah Kota Belud pada tahun yang sama, di samping menjuarai pertanding­an nyanyian gabungan tiga kampung pada 2015.

Sungguhpun penat bekerja dengan perusahaan sendiri, Dell mengisi masa lapangnya dengan bermain muzik dan mencipta lagu. Muzik sudah sebati di dalam dirinya.

“Sejak dari bangku sekolah lagi, saya memang berminat untuk menyanyi dan mencipta lagu sendiri. Kini terdapat beberapa lagu yang telah saya cipta dan menunggu masa untuk membuat rakaman,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Dell berharap agar kehadirann­ya dalam industri seni suara di Sabah dapat diterima. Semoga penyokong lagu-lagu tempatan di negeri ini sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada pengkarya seni dengan membeli produk yang tulen dan tidak memuat naik lagulagu artis tanpa kebenaran di mana-mana laman sosial kerana ia sangat merugikan.

“Saya juga berharap agar studio-studio rakaman sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada artis baharu dan tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang serta berusaha dalam bidang seni.

“Penghargaa­n buat keluarga terutana ayah

 ??  ?? saya kerana sangat menyokong karier saya sebagai penghibur dan terima kasih juga diucapkan kepada studio rakaman FH Production atas kerjasama yang diberikan dari awal sehinggala­h lagu ini siap, selain telah membantu membuat promosi dan publisiti yang meluas,” katanya.
saya kerana sangat menyokong karier saya sebagai penghibur dan terima kasih juga diucapkan kepada studio rakaman FH Production atas kerjasama yang diberikan dari awal sehinggala­h lagu ini siap, selain telah membantu membuat promosi dan publisiti yang meluas,” katanya.
 ?? — Gambar AFP ?? Aktres Bollywood Sushmita Sen showcases memperagak­an rekaan oleh pereka fesyen Sunita Shankar di Lakmé Fashion Week (LFW) Winter Festive 2018 yang diadakan di Mumbai pada 23 Ogos lepas. MINGGU FESYEN INDIA:
— Gambar AFP Aktres Bollywood Sushmita Sen showcases memperagak­an rekaan oleh pereka fesyen Sunita Shankar di Lakmé Fashion Week (LFW) Winter Festive 2018 yang diadakan di Mumbai pada 23 Ogos lepas. MINGGU FESYEN INDIA:
 ?? — Gambar AFP ?? Pelakon Bollywood India Anupriya Goenka bergaya semasa THE Lakmé Fashion Week (LFW) Winter Festive 2018 yang diadakan di Mumbai pada 23 Ogos lepas. CANTIK:
— Gambar AFP Pelakon Bollywood India Anupriya Goenka bergaya semasa THE Lakmé Fashion Week (LFW) Winter Festive 2018 yang diadakan di Mumbai pada 23 Ogos lepas. CANTIK:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia