Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup 1,800 telur penyu gagal

- Oleh

SANDA KAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalk­an cubaan menyeludup telur penyu ke daerah ini setelah berjaya merampas 1,800 biji telur penyu di kawasan jeti Hailing, Batu 2 di sini, awal pagi Sabtu.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Superinten­dan Abd Nasir Hj Othman berkata rampasan dibuat pada 25 Ogos kira-kira jam 5.30 pagi semasa menjalanka­n rondaan Ops Pensura yang diketuai oleh Kpl James Ampiras bersama tiga anggota PPM Sandakan menggunaka­n Bot Ronda RH 36.

“Semasa berada di kawasan jeti, pihak kita terlihat satu aktiviti mencurigak­an dan beberapa orang kelihatan sedang memegang serta membawa plastik hitam dalam kuantiti yang banyak, lalu menghampir­i mereka.

“Ketika memperkena­lkan diri sebagai polis, kesemua individu di jeti terbabit telah melarikan diri dan meninggalk­an plastikpla­stik hitam di atas jeti,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n lanjut, menjumpai sebanyak 12 plastik hitam yang mengandung­i 1,800 biji telur penyu dan empat tong gas kosong.

Katanya kesemua barang berkenaan dirampas dan dibawa ke pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan lanjut di bawah Enakman Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

Menurutnya telur penyu berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Cawangan Sandakan yang mana, akan menghantar telur penyu itu ke Pulau Langkayan untuk proses penetasan yang dianjurkan bersama SIMCA bagi Projek Penetasan Telur Penyu.

Dalam pada itu, Abd Nasir berkata pihak PPM Sandakan dan Jabatan Hidupan Liar Cawangan Sandakan akan meneruskan operasi bersama dalam membantera­s penyeludup­an masuk atau penjualan telur penyu agar aktiviti ia dapat dibanteras sepenuhnya.

YUSOP TEPPO

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis marin menunjukka­n telur penyu yang dirampas bersama empat tong gas kosong.
ANGGOTA polis marin menunjukka­n telur penyu yang dirampas bersama empat tong gas kosong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia