Utusan Borneo (Sabah)

Masalah bekalan air di Ranau akan diatasi

-

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin meminta penduduk supaya bersabar dan tabah menghadapi masalah bekalan air terawat di daerah ini yang sering terjejas sejak kejadian gempa bumi yang lalu.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berusaha mengatasi masalah itu daripada berterusan dan mempastika­n bekalan air bersih dapat dibekalkan secarabert­erusankepa­dalebih 6,000 pengguna yang terjejas, terutama sekali mereka yang tinggal di pekan dan kawasan yang menerima bekalan air paip daripada Jabatan Air Bahagian Ranau.

“Buat sementara ini, kita berharap Jabatan Air dan agensi-agensi kerajaaan yang berkaitan akan memantau secara berterusan keadaan kekurangan bekalan air bersih di daerah ini dan mahu semua agensi berkenaan bekerjasam­a untuk memastikan penduduk di daerah ini tidak terjejas teruk.

“Jabatan Air dan Jabatan Kerja Raya khususnya, perlu sentiasa bekerjasam­a dalam menyediaka­n bekalan air bersih menerusi lori tangki air untuk memenuhi keperluan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Kg Lohan Skim Satu, di sini.

Daerah ini dilaporkan sering mengalami gangguan ketiadaan bekalan air paip apabila loji penapis air di Sungai Liwagu terpaksa ditutup dan dihentikan operasi kerana air sungai padat dengan lumpur bercampur batu dan serpihan kayu akibat banjir lumpur yang melanda di batang sungai kawasan tadahan air, terutamany­a di Sg Liwagu, Sg Bambangan serta di Sg Mesilou 1 dan Mesilou 2.

Namun, Jonathan berkata kebanyakan kampung yang menerima bekalan air graviti tidak mengalami masalah ketiadaan bekalan air untuk keperluan harian kerana punca airnya tidak terjejas oleh banjir lumpur.

Beliau berharap para penduduk yang terjejas dapat bertenang dan sentiasa mengikuti arahan daripada pihak berkuasa untuk kebaikan bersama.

“Setakat ini, di DUN Paginatan hanya Kg Matan, Kg Silou dan Kg Kituntul mengalami gangguan bekalan air bersih kerana ketigatiga­nya bergantung pada bekalan air paip dan tidak mempunyai kemudahan air graviti,” katanya.

 ??  ?? JONATHAN ketika berucap di majlis itu.
JONATHAN ketika berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia