Utusan Borneo (Sabah)

Natasha, Syaidatul kecudang boling Masters wanita

Acara Masters wanita Sukan Asia 2018

-

PALEMBANG: Pemain boling negara, Natasha Roslan dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi terlepas peluang menambahka­n koleksi pingat, apabila kedua-duanya gagal menempatka­n diri ke final stepladder acara Masters wanita di Sukan Asia 2018 JakartaPal­embang.

Dengan hanya tiga pemain teratas berpeluang untuk merebut pingat, Natasha, 22, menamatkan saingan di tempat ke-10 dengan 3,695 jatuhan pin selepas 16 game di Pusat Boling Jakabaring di sini.

Beliau ketinggala­n 253 pin di belakang pemain di kedudukan ketiga, Lee Yeonji (3,847) dari Korea Selatan, sekali gus terpaksa melupakan hasratuntu­k meraih pingat.

Syaidatul Afifah, 26, yang mara ke acara Masters dengan mencatatka­n jatuhan pin tertinggi secara keseluruha­n selepas meraih pingat emas acara trios dan perak berpasukan wanita, sekadar meraih tempat ke-14 dengan 3,544 jatuhan pin, dalam kalangan 16 pemain terbaik yang mara ke acara Masters.

Mirai Ishimoto daripada Jepun terus mengekalka­n kedudukan teratas sejak blok pertama pada Ahad, apabila melakukan 3,948 jatuhan pin diikuti Lee Nayoung dari Korea Selatan dengan 3,847 jatuhan pin.

Kedua-dua pemain Korea Selatan yang menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga itu akan beraksi di stepladder final, di mana pemenang akan mencabar Ishimoto untuk penentuan pingat emas, manakala pemain yang tewas akan membawa pulang pingat gangsa.

Bercakap kepada Bernama selepas acara itu, Natasha yang kali pertama beraksi di Sukan Asia berkata, agak sukar buatnya untuk beraksi pada ‘oil pattern’ pada blok kedua itu.

“Saya juga tidak dapat baca yang pemain lain sudah mula menggunaka­n bola jenis Urethane, sampai peringkat akhir saya sedar...Kena belajar banyak lagi dari segi itu. Secara keseluruha­n, saya gembira dengan prestasi saya di Sukan Asia,” katanya.

Sementara itu, Syaidatul Afifah meluahkan kekecewaan terhadap prestasiny­a pada acara Masters sepanjang dua hari ini.

“Saya dah cuba macammacam, tetapi semuanya tak menjadi...Apabila kita dah buat good shoot tetapi tidak mendapat strike, ia agak mengganggu emosi. Acara Masters ini jauh berbeza dari acara trios dan berpasukan kerana di sini tiada rakan sepasukan untuk memberi tunjuk ajar, serta keadaan lane dan oiling pattern juga agak berbeza,” katanya.

Pada blok pertama acara itu Ahad, Natasha dan Syaidatul Afifah hanya menduduki tempat ke-12 dan ke-13 selepas masing-masing melakukan 1,811 dan 1,797 jatuhan pin.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara Masters adalah ketika Shalin Zulkifli dan Lai Kin Ngoh mencatatka­n kedudukan satu-dua bagi Malaysia pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan manakala pingat terakhir dalam acara itu diraih Esther Cheah, iaitu pingat perak pada temasya Doha 2006. - Bernama

“Saya dah cuba macam-macam, tetapi semuanya tak menjadi...Apabila kita dah buat good shoot tetapi tidak mendapat strike, ia agak mengganggu emosi. Acara Masters ini jauh berbeza dari acara trios dan berpasukan kerana di sini tiada rakan sepasukan untuk memberi tunjuk ” ajar, serta keadaan lane dan oiling pattern juga agak berbeza. SYAIDATUL AFIFAH BADRUL HAMIDI Atlet boling wanita

 ??  ??
 ?? - Gambar BERNAMA ?? ATLET skuad boling wanita negara Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (kiri) dan Natasha Mohamed Roslan beraksi dalam acara Master Wanita pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Boling Jakabaring hari ini. Syaidatul sekadar menduduki tempat ke-14 dengan jumlah keseluruha­n 3,544 jatuhan pin manakala Natasha di tangga ke-10 dengan jumlah 3,695 jatuhan pin.
- Gambar BERNAMA ATLET skuad boling wanita negara Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (kiri) dan Natasha Mohamed Roslan beraksi dalam acara Master Wanita pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Boling Jakabaring hari ini. Syaidatul sekadar menduduki tempat ke-14 dengan jumlah keseluruha­n 3,544 jatuhan pin manakala Natasha di tangga ke-10 dengan jumlah 3,695 jatuhan pin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia