Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sasar mata penuh berdepan Red Giant

Berdepan The Red Giant di Stadium Shah Alam malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah boleh mengelak bergelut sehingga ke perlawanan terakhir untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia jika menang ke atas Selangor pada saingan peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam ini.

Sehubungan dengan itu, ketua jurulatih Jelius Ating mahu anak didiknya berjuang habis-habisan dapatkan mata penuh.

“Sekiranya kita menang esok (malam ini), kita hanya perlukan satu mata daripada baki dua perlawanan untuk mara ke suku akhir.

“Saya harap pemain mengambil peluang ini sebaik mungkin. Saya tidak mahu kita terpaksa bergelut sehingga aksi terakhir untuk mengetahui sama ada layak atau tidak (ke suku akhir) kerana ianya mungkin membawa padah,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Jelius berkata, bukan memandang mudah walaupun pasukan bergelar The Red Giant itu mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini tetapi ia adalah tugas yang perlu Sabah galas.

“Seperti kita sedia maklum, Selangor adalah sebuah pasukan yang disegani oleh mana-mana pasukan terutama apabila mereka beraksi di halaman sendiri.

“Kita kena berhati-hati dengan mereka kerana sudah pastinya mereka dahagakan kemenangan selepas tewas tiga perlawanan sebelum ini. Apa pun, kita ada tugas yang perlu dilaksanak­an dan saya yakin jika pemain fokus dan berusaha sebaik mungkin, mereka mampu menundukka­n Selangor di Shah Alam,” katanya.

Jelius membayangk­an akan mengekalka­n kesebelasa­n utamanya sebelum ini kecuali Randy Baruh yang akan masuk menggantik­an Leopold Alfonso Otong.

“Saya juga masih belum dapat menggunaka­n khidmat pemain import iaitu (Keisuke) Ogawa untuk aksi esok kerana dia masih mengadu kakinya sakit, kita tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan­nya,” katanya.

Sabah kini di kedudukan kedua selepas mengumpul tujuh mata dari tiga perlawanan pusingan pertama dengan rekod dua menang dan satu Seri.

Kemenangan itu termasuk ke atas Selangor pada perlawanan terakhir pusingan pertama minggu lalu di mana Sabah menang 2-1.

Mendahului carta membabitka­n empat pasukan itu adalah Pahang yang teka mengumpul lapan mata tetapi telah bermain empat perlawanan.

Saya harap pemain mengambil peluang ini sebaik mungkin. Saya tidak mahu kita terpaksa bergelut sehingga aksi terakhir untuk mengetahui sama ada layak atau tidak (ke suku akhir) kerana ianya mungkin membawa padah. Ketua jurulatih

PKNP FC di kedudukan ketiga dengan empat mata juga selepas empat perlawanan

JELIUS ATING

manakala Selangor di tangga tercorot tanpa sebarang mata pada pusingan pertama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia