Utusan Borneo (Sabah)

Sitam wakili Samarahan ke Pertanding­an Keceriaan Bulan Kemerdekaa­n 2018

-

KOTA SAMARAHAN: Usia bukan penghalang untuk seorang warga emas dari Kampung Tanjung Bundong Fasa Satu menzahirka­n rasa cinta terhadap negara apabila beliau terpilih mewakili bahagian Samarahan ke Pertanding­an Keceriaan Bulan Kemerdekaa­n 2018.

Dilahirkan pada 1957, menjadikan Sitam Amin yang kini berusia 61 tahun mempunyai semangat patrotik yang tinggi dalam dirinya.

“Saya sememangny­a minat menghiasi rumah dengan bendera setiap tahun sepanjang bulan kemerdekaa­n.

“Pada masa sama saya menyertai pertanding­an keceriaan bulan kemerdekaa­n yang dianjurkan setiap tahun dan kali ini terpilih mewakili bahagian Samarahan dalam kategori individu,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Pada 2014, Sitam pernah mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada pertanding­an yang sama.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menggantun­g bendera di kawasan rumahnya setiap bulan kemerdekaa­n.

“Namun, sejak 16 September dan 22 Julai diisytihar­kan sebagai Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaa­n Sarawak saya menggantun­g bendera dari awal bulan Julai hingga hujung September bagi menyemarak­kan bulan kemerdekaa­n dan Hari Malaysia setiap tahun,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap apa yang dilakukann­ya itu menjadi ikutan warga Malaysia lain untuk bersama-sama mengibarka­n bendera sepanjang bulan kemerdekaa­n.

“Dengan cara ini kita dapat menunjukka­n tanda cinta kita kepada negara dan keamanan yang dikecapi kita hingga ke hari ini, sama samalah kita mengibarka­n Jalur Gemilang setiap kali Hari Merdeka dan Hari Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BENDERA Sarawak dan Malaysia dipasang menghiasi pekarangan rumah Sitam.
BENDERA Sarawak dan Malaysia dipasang menghiasi pekarangan rumah Sitam.
 ??  ?? SITAM bersama cucunya merakam kenangan berlatarka­n Jalur Gemilang.
SITAM bersama cucunya merakam kenangan berlatarka­n Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia