Utusan Borneo (Sabah)

Resepi perpaduan unik Sabah harus dicontohi

Harus dicontohi oleh masyarakat Malaysia

- Artikel sumbangan Penerangan

Perpaduan Sabah ok bah, walaupun lainlain etnik dan agama, kami boleh duduk makan semeja di kedai kopi, ketawa sama-sama.”

“Sini Sabah unik, memang banyak etnik tapi itu bukan jadi masalah,” demikian celoteh Pengacara Majlis Program Keharmonia­n Antara Agama 2018, Ahmad Mahmud ketika mengisi ruang waktu sementara menunggu berlangsun­gnya majlis perasmian.

Suasana harmoni yang digambarka­n beliau menjadi kekaguman oleh segelintir mereka yang sememangny­a tidak pernah melihat keadaan sedemikian tetapi menjadi amalan masyarakat Sabah.

Amalan itu turut menjadi kekaguman buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Waytha Moorthy Ponnusamy selaku Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial yang menyifatka­n perpaduan masyarakat Sabah amat erat.

“Perpaduan seperti ini adalah sesuatu yang harus dicontohi oleh semua masyarakat Malaysia.

“Perkara begini kita patut kongsi dan kenalkan kepada masyarakat di negeri lain bahawa beginilah uniknya perpaduan di Sabah yang boleh kita pelajari,” katanya kepada media.

Usaha Kukuh Perpaduan

Menyedari perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk adalah amat penting, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNIN) dengan kerjasama Ahli Jawatankua­sa Mempromosi­kan Persefaham­an dan Keharmonia­n Antara Penganut Agama (JKMPKA Sabah) melaksanak­an Lawatan Harmoni ke rumah-rumah ibadat terpilih sekitar Bukit Padang sebagai pengisian Program Keharmonia­n Antara Agama.

Rombongan peserta seramai 200 orang dibawa menggunaka­n dua bas dan 10 kereta memulakan lawatan seawal jam 8 pagi ke lokasi pertama, Tokong Tzer Ying diikuti Gereja Mary Immaculate dan Kuil Sri Pasupathin­ath Alayam, dan diakhiri dengan majlis perasmian di Masjid Nurul Hikmah.

Setiap lokasi lawatan, para peserta diberi taklimat ringkas oleh ketua-ketua agama rumah ibadat agar dapat mengetahui, menghormat­i adat resam, budaya dan pantang larang di setiap rumah ibadat.

Resepi Perpaduan Warga Sabah

Seorang agi peserta, Rizalina Alunan, 40, yang membawa anak perempuann­ya, Nurul Syifa Arabsi, 7, kelihatan seronok dan gembira menyertai lawatan berkenaan.

“Ini pengalaman pertama saya berkunjung ke tokong, gereja dan kuil. Sememangny­a seronok kerana sebelum ini hanya melihat melalui televisyen tetapi kali ini dapat merasai sendiri berkunjung ke rumah-rumah ibadat penganut agama lain.

“Melalui lawatan sebegini sahaja, saya dapat mengenali, memahami dan menghormat­i amalan agama lain.

“Contohnya, semasa di Gereja Mary Immaculate, saya dapat melihat bagaimana perkahwina­n masyarakat Kristian berlangsun­g dan pengalaman menyertai program sebegini sungguh bermakna.

“Sebab ini juga, saya membawa Nurul Syifa menyertai lawatan supaya dia dapat memahami serta menerima perpaduan dalam diri pada usia muda.

“Saya mahu menanam rasa bangga hidup bersatu padu dalam diri anak saya agar dia tidak kekok selain boleh memahami erti harmoni dan memelihara perpaduan yang ada,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Tokong Tzer Ying Lim Yock Hee rasa berbesar hati kerana dapat menerima kunjungan ramai daripada para peserta yang berbeza agama dan bangsa.

“Semoga lawatan seperti ini dapat mewujudkan rasa persefaham­an yang lebih baik antara penganut agama lain terhadap penganut agama Buddha.

“Selain itu, diharapkan usaha ini juga boleh memupuk rasa menghargai dan menghormat­i dalam kalangan kita,” katanya.

Menyentuh usaha perpaduan yang patut masyarakat lakukan, Zue Lyanna Nadira, 16, berkata sebagai generasi muda, perlu aktif terlibat dalam programpro­gram keharmonia­n sedemikian.

“Penyertaan seperti ini antara sumbangan dan usaha kami sebagai anak muda yang akan meneraju negara pada masa depan.

“Perpaduan sememang penting dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk, jadi usaha ini diharapkan dapat memperkuku­hkan perpaduan negara,” katanya.

Berkongsi pandangan yang sama, Sofea Arman, 16, berkata selain itu, generasi muda juga patut menyebar mesej-mesej positif dan nilai murni dalam media sosial.

“Contohnya, berkongsi status positif dan gambar lawatan pada hari ini agar dapat diketahui seterusnya memberi kesedaran kepada pengguna media sosial di luar sana,” katanya.

Sementara Pritam Singh, 58, yang berasal dari Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah syarikat IT tetapi sudah berada di Sabah sejak 12 tahun lalu, menyatakan keselesaan hidup dengan komuniti Sabah yang mesra.

“Seronok tinggal di Sabah kerana komunitiny­a harmoni walaupun banyak etnik beza agama tapi boleh tinggal sama-sama,” katanya yang pertama kali menyertai lawatan harmoni itu.

Kejayaan program itu adalah hasil daripada penglibata­n pelbagai pihak termasukla­h wakilwakil setiap agama yang menunjukka­n sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh segenap komuniti berbilang kaum dan agama dengan misi sama iaitu perpaduan.

Hargai Harmoni Kekal Perpaduan

Sesungguhn­ya, konteks perpaduan negara dan keagamaan adalah matlamat utama dalam setiap pelaksanaa­n dasar sama ada ekonomi, sosial mahupun politik kerana negara cemerlang adalah hasil daripada masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

Ayuh, rakyat Malaysia sama-sama kita menghargai kesejahter­aan dan keharmonia­n perpaduan yang dikecapi selama ini. -

 ??  ?? MENTERI Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar (dua dari kiri) mewakili Ketua Menteri Sabah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada wakil ketua agama Buddha, Richard Yong (dua dari kanan). Kelihatan sama, Waytha (kiri), Ketua Pengarah JPNIN Datuk Baharin Idris (tiga dari kanan) dan Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun (kanan).
MENTERI Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar (dua dari kiri) mewakili Ketua Menteri Sabah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada wakil ketua agama Buddha, Richard Yong (dua dari kanan). Kelihatan sama, Waytha (kiri), Ketua Pengarah JPNIN Datuk Baharin Idris (tiga dari kanan) dan Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun (kanan).
 ??  ?? PARA peserta merakam kenangan di Tokong Tzer Ying, Bukit Padang.
PARA peserta merakam kenangan di Tokong Tzer Ying, Bukit Padang.
 ??  ?? PADERI Gereja Mary Immaculate, Paul Lo memberi ucapan alu-aluan kepada para peserta.
PADERI Gereja Mary Immaculate, Paul Lo memberi ucapan alu-aluan kepada para peserta.
 ??  ?? ZUE Lyanna Nadira (kiri) dan Sofea Arman (kanan).
ZUE Lyanna Nadira (kiri) dan Sofea Arman (kanan).
 ??  ?? KELIHATAN Nurul Syifa mengambil gambar ibunya, Rizalina.
KELIHATAN Nurul Syifa mengambil gambar ibunya, Rizalina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia