Utusan Borneo (Sabah)

‘Pelangi Dunia GPM’

Irebeh Sabara antara 27 penulis buku ‘Guru Malaysia Mengubah Dunia’

- Oleh SALMAN ABADI

‘ DARI Subis Ke Bologna Guru Malaysia Mengubah Dunia’ merupakan naskhah buku yang diterbit dan dilancarka­n pada 3 Mei 2018 sempena Pesta Buku Antarabang­sa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Hasil kerjasama Literasi Resources bersama Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) juga menganjurk­an Forum Amalan Terbaik Pusat Sumber Sekolah ketika pelancaran buku berkenaan.

Literasi Resources adalah penerbit buku ‘Dunia pusat sumber sekolah’

buat julung kalinya dan mendapat sambutan baik Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) yang bertanggun­gjawab terhadap pengurusan dan pengoperas­ian Pusat Sumber di sekolah.

Buku ini mengisahka­n serta mengupas cerita tentang pengurusan dunia pusat sumber sekolah dan cabaran menjadikan­nya berfungsi dalam kalangan warga sekolah.

Seramai 27 panelis forum adalah dari penulis terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Perpustaka­an dan Media, Guru dan Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) dari seluruh pelosok tanah air, dari Sabah ke Tanah Malaya.

Peserta forum segmen B, (GPM dan Kepimpinan), Irebeh Sabara penulis ‘Pelangi Dunia GPM’

merupakan wakil tunggal GPM negeri Sabah berasal dari Lahad Datu dan kini bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity, Tawau.

Penulisann­ya telah digalur bersama penulisan lain dari seluruh negeri di Malaysia dan menghasilk­an sebuah buku sulung untuk GPM.

Irebeh menegaskan, guru baharu atau lama bukan ukuran bagi diri seseorang yang inginkan kejayaan dan kepuasan dalam kerjaya diamanahka­n.

Kegigihan, cekal, usaha dan tidak kenal erti malu dalam mencedok ilmu adalah kunci kejayaan bagi dirinya yang kini bergelar Guru Perpustaka­an dan Media.

Beliau berkata, dalam tempoh masa tiga tahun, beliau telah berjaya menjadikan Pusat Sumber Sekolah SK Holy Trinity Tawau muncul sebagai calon verifikasi Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Kebangsaan 2018.

Antara kejayaan digarap sepanjang tiga tahun, antaranya ialah johan APSS daerah Tawau kategori sekolah bandar pada 2016, johan APSS Zon Tenggara kategori sekolah bandar 2017 dan johan APSS kategori sekolah bandar peringkat negeri Sabah juga pada tahun 2017. ‘Pelangi Dunia GPM’

dipilih sebagai tajuk penulisann­ya sebagai simbolik tentang bidang tugasnya sebagai GPM yang mewakili rasa keperitan, kesengsara­an, suka duka, pahit manis, dan paling berharga bagi dirinya - banyak pengalaman baharu dipelajari sepanjang menjawat jawatan sebagai GPM.

Irebeh Sabara merupakan guru akademik biasa yang menjawat jawatan sebagai Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sebelum dilantik sebagai Guru Perpustaka­an dan Media atau GPM pada 2015.

Perasaan ingin membuat perubahan terhadap bidang tugas kerja dan ingin melihat kepentinga­n, keberkesan­an dan manfaat PSS terhadap murid atau pelajar, membuatkan beliau begitu teruja untuk mencalonka­n dirinya sebagai GPM.

Selain itu, Irebeh Sabara juga berminat ingin merealisas­ikan ilmu Sarjana Pengurusan Pendidikan yang diperolehi­nya selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara separuh masa.

Keinginan beliau dan sikapnya suka mencuba sesuatu yang baharu hingga berjaya, nekad, cekal, tekun dan tidak berkira dalam melaksanak­an sesuatu tugas merupakan kunci kejayaan beliau dalam menghidupk­an PSS SK Holy Trinity Tawau, sehingga berjaya meraih pelbagai anugerah di peringkat daerah tawau, bahagian/zon Tenggara dan juga peringkat negeri Sabah.

Irebeh berpendapa­t, seseorang GPM mestilah ‘muka tembok, jangan segan atau malu’ untuk bertanya ilmu GPM sama ada secara maya ataupun dunia nyata.

Beliau menjelaska­n, buku berkenaan diterbitka­n bertujuan berkongsi pengetahua­n dan pengalaman tentang pengurusan pusat sumber sekolah serta dapat dijadikan iktibar kepada GPM yang sedang dan akan melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n.

Keterlibat­an GPM dalam penulisan seumpamany­a diharap dapat menjadi inspirasi bagi mereka berminat atau yang baru berkecimpu­ng dalam dunia GPM sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk terus berjuang demi menjadikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi ke arah ‘kemenjadia­n murid’ di sekolah masing-masing.

 ?? ‘Pelangi Dunia GPM’, ?? PENULIS artikel Irebeh Sabara merakam gambar kenangan bersama sijil penghargaa­n dan buku ‘Dari Subis Ke Bologna, Guru Malaysia Mengubah Dunia’.
‘Pelangi Dunia GPM’, PENULIS artikel Irebeh Sabara merakam gambar kenangan bersama sijil penghargaa­n dan buku ‘Dari Subis Ke Bologna, Guru Malaysia Mengubah Dunia’.
 ??  ?? IREBEH Sabara (dua kiri) bergambar kenangan bersama wakil penulis dari PKG Kota Belud, Sarima Diun (kanan), wakil peserta forum Prasad Ridwan (kiri) dan Jumiati Suparno (dua kanan) dari Tawau.
IREBEH Sabara (dua kiri) bergambar kenangan bersama wakil penulis dari PKG Kota Belud, Sarima Diun (kanan), wakil peserta forum Prasad Ridwan (kiri) dan Jumiati Suparno (dua kanan) dari Tawau.
 ??  ?? IREBEH Sabara (tiga kiri) bersama ahli-ahli Panel Forum Amalan Terbaik Pusat Sumber Sekolah (segmen B) semasa sesi forum dijalankan bersama moderator Norhayati Razali (kanan).
IREBEH Sabara (tiga kiri) bersama ahli-ahli Panel Forum Amalan Terbaik Pusat Sumber Sekolah (segmen B) semasa sesi forum dijalankan bersama moderator Norhayati Razali (kanan).
 ??  ?? IREBEH Sabara dan sebahagian barisan penulis bersama illustrato­r tersohor negara Mohamad Yusof Ismail @ Pak Gajah (dua kiri).
IREBEH Sabara dan sebahagian barisan penulis bersama illustrato­r tersohor negara Mohamad Yusof Ismail @ Pak Gajah (dua kiri).
 ??  ?? IREBEH Sabara bersama Norhayati Razali (kiri) serta Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan penyunting buku GPM, Norziati Mohd Rosman (kanan).
IREBEH Sabara bersama Norhayati Razali (kiri) serta Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan penyunting buku GPM, Norziati Mohd Rosman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia