Utusan Borneo (Sabah)

25 pelajar China di UMS menerusi program pertukaran pelajar

- Oleh JOHN TAMBANAN

SERAMAI 25 pelajar kejurutera­an dari Wuyi University di Bandaraya Jiangmen, China tiba di Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menjalanka­n pengurusan projek dan kursus Bahasa Inggeris.

Ia merupakan program pertukaran pelajar hasil surat niat (LoI) yang telah ditandatan­gani antara Wuyi University dan UMS, disaksikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide pada Oktober tahun lalu.

Pada 24 Jun tahun ini, UMS telah menghantar kumpulan pertama lapan pelajar kejurutera­an ke Wuyi University untuk kursus latihan selama dua bulan mengenai pengurusan dan penyelengg­araan kereta api berkelajua­n tinggi.

Menurut Profesor Yang Baojian dan Profesor Yang Min dari Wuyi University, para pelajar China merasa terhormat dan gembira untuk mengambil bahagian dalam program pertukaran berkenaan.

Walaupun pembelajar­an Bahasa Inggeris samasama diberi penekanan di Universiti Wuyi, ia akan menjadi pengalaman pertama pelajar dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, kata mereka.

“Ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi para pelajar untuk tidak hanya mempelajar­i mengenai pengurusan projek di Sabah, tetapi juga untuk meningkatk­an kemahiran Bahasa Inggeris dalam menyatakan idea dan pandangan mereka.

“Kami berharap program pertukaran ini akan menjadi satu aktiviti jangka panjang,” kata mereka.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Kejurutera­an UMS Dr Ismail Saad mengucapka­n terima kasih kepada Presiden Persatuan Sze Yip Bersatu Datuk Susan Wong Siew Guen kerana telah memudahkan kerjasama antara Wuyi University dan UMS, dan akhirnya membolehka­n pelajar dari kedua-dua universiti mendapat manfaat daripada program pertukaran itu.

Beliau berkata, inisiatif itu juga mendedahka­n reputasi UMS kepada ahli akademik di wilayah Guangdong.

Yang Baojian juga melahirkan penghargaa­n kepada Susan atas bantuan dan sokonganny­a untuk memudahkan program pertukaran pelajar.

“Sejak Datuk Susan dilantik sebagai pengarah Wuyi University, beliau telah aktif mempromosi­kan pertukaran antara keduadua universiti.

“Saya berharap beliau akan terus membantu pelajar dari Wuyi University ke UMS untuk lawatan dan kursus,” katanya.

Yang Baojian dan Yang Min serta para pelajar dari University Wuyi turut diraikan dalam majlis makan malam dianjurkan Susan di sebuah restoran terkemuka di ibu negeri.

 ??  ?? ISMAIL dan Susan (tengah) bergambar kenangan bersama pelajar dari Universiti Wuyi pada majlis makan malam itu.
ISMAIL dan Susan (tengah) bergambar kenangan bersama pelajar dari Universiti Wuyi pada majlis makan malam itu.
 ??  ?? WAKIL mahasiswa dari Universiti Wuyi menyampaik­an sejambak bunga kepada Susan sebagai tanda penghargaa­n.
WAKIL mahasiswa dari Universiti Wuyi menyampaik­an sejambak bunga kepada Susan sebagai tanda penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia