Utusan Borneo (Sabah)

GRADUAN TAHFIZ DIIKTIRAF

Pelbagai bantuan, skim galakan disedia kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri beri pengiktira­fan kepada graduan tahfiz di Sabah menerusi pelbagai skim bantuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, antara bantuan yang akan disediakan termasukla­h skim galakan melanjutka­n pengajian, elaun intensif hafiz dan peluang kerjaya.

Menurutnya, bidang pengajian tahfiz mempunyai potensi dalam pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Katanya, masa depan bidang pengajian itu dilihat semakin berkembang dan diminati dalam kalangan masyarakat di Sabah.

“Penjenamaa­n semula Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah kepada Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (Itqas) antara langkah wajar dalam membantu membangunk­an lagi pengajian tahfiz.

“Sehubungan itu, kita akan terus istiqomah untuk berusaha memperkasa­kan lagi Itqas melalui beberapa pendekatan.

“Ia termasukla­h memantapka­n pengurusan dengan menambah pensyarah, memberi fokus kebajikan, kemudahan prasarana serta kempen pengambila­n pelajar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sempena Istiadat Konvokesye­n Itqas Kali Keempat 2018 di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali.

Dalam pada itu, Arifin dalam ucapannya turut mengingatk­an agar umat Islam di negeri ini supaya bersatu hati bagi memastikan Islam terus berkembang maju sebagaiman­a agama lain.

Katanya, kementeria­n dan jabatan berkaitan perlu sentiasa berbincang untuk menaikkan imej dan pembanguna­n Islam di Sabah.

Pada majlis itu, Arifin menyampaik­an penganuger­ahan kepada seramai 30 graduan diploma dan sijil Itqas.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha.

 ??  ?? ARIFIN (tiga kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang graduan pada majlis konvokesye­n itu. Turut kelihatan Hasbullah (tiga kanan).
ARIFIN (tiga kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang graduan pada majlis konvokesye­n itu. Turut kelihatan Hasbullah (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia