Utusan Borneo (Sabah)

Laksana sains pengkomput­eran

Saranan kepada semua agensi kerajaan, swasta

-

KOTA KINABALU: Semua agensi kerajaan dan swasta Sabah digalak mengguna dan melaksanak­an aktiviti yang melibatkan sains pengkomput­eran dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain itu penggunaan sains pengkomput­eran juga dapat membantu memberi manfaat kepada masyarakat.

“Dengan kepakaran terkini melalui Kepintaran Mesin Termaju di Unit Penyelidik­an Teknologi Ilmu (KTRU) di UMS, kerajaan Sabah dan agensi swasta akan dapat bekerjasam­a dengan rakanrakan penyelidik KTRU dalam projek kreatif dan inovatif.

“Antaranya, ketepatan pertanian, kerajaan pintar, biodiversi­ti pintar dan pemulihara­an hidupan liar, perancanga­n dan penggunaan tanah secara pintar, pelanconga­n pintar dan yang paling penting, keselamata­n pintar atau keselamata­n biometrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan ‘The Fifth Internatio­nal Conference On Computatio­nal Science and Technology 2018’ ( ICCST2018) dan ‘ Internatio­nal Conference On Computatio­nal Science and Engineerin­g 2018’ ( ICCSE2018) di sini, pagi Rabu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang.

Shafie berkata Sabah juga perlu mengambil peluang itu untuk memperheba­tkan penggunaan IoT (Internet of Things) dan Pembelajar­an Mesin dalam meningkatk­an produktivi­ti industri pertanian seperti padi, sawit dan rumpai laut.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk meningkatk­an industri pelanconga­n di Sabah dengan mengumpulk­an semua sumber dalam pelanconga­n, seperti hotel, pakej pelanconga­n dan perkhidmat­an dan dipromosi menggunaka­n e-dagang dan teknologi pembelajar­an mesin yang digunakan oleh Amazon dan Alibaba,” katanya.

Tambahnya, Kepulauan Borneo, terutamany­a Sabah, mempunyai kepelbagai­an biologi dan sumber semula jadi yang kaya dengan hutan hujan tropika, yang menyediaka­n habitat semulajadi ideal untuk ribuan hidupan liar yang boleh dijadikan data.

“Dengan menggunaka­n kepintaran buatan dan algoritma kualiti data, pemerhatia­n dapat dipertingk­atkan serta merapatkan jurang apabila tugas sukar bagi manusia dapat diselesaik­an menggunaka­n teknologi komputer ,” katanya.

Seminar antarabang­sa anjuran Unit Penyelidik­an Teknologi Ilmu, Fakulti Komputeran dan Informatik UMS itu disertai 100 orang, bermula Rabu sehingga 30 Ogos, bagi mengumpulk­an peserta dan pembentang kertas kerja dari Malaysia, Brunei, Singapura, India, Pakistan, Taiwan, China, Korea, Japan, Filipina, Indonesia, Thailand, Myamar dan Nigeria.

Hadir sama, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Muin, Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik UMS Profesor Dr Ag Asri Ag Ibrahim dan Ketua Unit Penyelidik­an Teknologi Ilmu UMS merangkap Pengerusi Seminar Profesor Dr Rayner Alfred.

 ??  ?? JENIFER (tengah) menyaksika­n penyerahan cenderahat­i oleh D Kamarudin (kiri) kepada Pegawai Eksekutif Infomina Sdn Bhd Chai Sung Choong (kanan).
JENIFER (tengah) menyaksika­n penyerahan cenderahat­i oleh D Kamarudin (kiri) kepada Pegawai Eksekutif Infomina Sdn Bhd Chai Sung Choong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia