Utusan Borneo (Sabah)

PKR Wanita Sabah perlu diberi peluang

-

KOTA KINABALU: Bilangan keahlian Parti Keadilan Rakyat ( PKR) yang ramai di Sabah harus j adi ke l ebihan untuk membolehka­n pemimpin PKR Sabah memegang salah satu daripada tiga jawatan tertinggi dalam parti.

Calon Naib Ketua Wanita PKR Pusat Chrisnadia Sinam berkata, PKR Sabah mempunyai seramai 104,000 ahli iaitu 17 peratus daripada jumlah keseluruha­n ahli di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, 65,000 ahli adalah wanita.

“Be rda s a rkan angka ini, Sabah perlu mendapat sekurang- kurangnya salah satu daripada tiga jawatan tertinggi dalam parti.

“Ini akan memastikan suara rakyat Sabah terutama wanita dan belia akan didengar di peringkat Pusat.

“Dengan adanya wakil Sabah dalam tiga jawatan tertinggi parti, saya percaya kita mampu mencapai lebih banyak kejayaan bukan hanya untuk ahli parti tetapi juga untuk wanita dan belia di seluruh negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Chrisnadia yang juga bekas calon kerusi Parlimen Tuaran dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita PKR Pusat dalam pemilihan parti pada 14 September hingga 13 Oktober ini.

Katanya, ia adalah kali pe r t ama waki l S aba h dicalonkan untuk tiga jawatan tertinggi dalam parti.

Beliau berkata, ia juga satu penghormat­an bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk rakyat Sabah memandangk­an pertama kali calon wanita Sabah dari suku kaum Dusun- Lotud bertanding.

“Suara wanita di Sabah perlu dibawa hingga ke peringkat pusat jika ingin mendapatka­n pembanguna­n dan mengetenga­hkan potensi wanita Sabah sepenuhnya.

“Kami mempunyai banyak perancanga­n dan idea untuk merealisas­ikan potensi dan impian wanita di negeri ini.

“Justeru, saya berharap akan dapat melaksanak­annya apabila memegang jawatan sebagai Naib Ketua Wanita,” jelasnya.

Chrisnadia juga menyatakan keyakinan dia mampu menggalas jawatan itu dengan pengalaman­nya dalam politik sejak 2016 melalui kepimpinan parti serta sebagai bekas calon kerusi Parlimen.

Beliau berkata, wanita di Sabah semakin aktif dalam politik dan ini terbukti dengan kemenangan Pakatan Harapan semasa PRU lepas.

“Semasa kempen PRU lepas, saya sendiri melihat bagaimana wanita di negeri ini bersungguh- sungguh mempertaha­nkan hak mereka dalam membantu membentuk masa depan negara.

“Saya sangat bertuah kerana dapat memainkan peranan dalam melakukan reformasi di negara ini. Selaku bekas calon pilihan raya untuk Parlimen Tuaran, saya akan terus menjalanka­n tanggungja­wab saya untuk memperjuan­gkan hak orang Sabah,” katanya.

Pada PRU lepas juga, Chrisnadia antara 21 calon wanita yang bertanding untuk kerusi Parlimen buat kali pertama di seluruh negara.

 ??  ?? CHRISNADIA
CHRISNADIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia