Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi sekolah jana hasil RM24.3 juta

Pencapaian memberangs­angkan, pupuk minat keusahawan­an

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL & NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Gerakan koperasi sekolah di Sabah berjaya menjana hasil sebanyak RM24.3 juta hingga Disember tahun lepas.

Pengarah Pendidikan Nege r i Sabah Da tuk Maimunah Suhaibul berkata, pencapaian itu melibatkan pemilikan syer berjumlah RM1.7 juta dan aset sebanyak RM19.1 juta.

Pencapaian itu melibatkan pemilikan syer berjumlah RM1.7 juta dan aset sebanyak RM19.1 juta. Berdasarka­n statistik pertumbuha­n gerakan koperasi sekolah, Sabah kini memiliki sebanyak 222 koperasi sekolah dengan ahli seramai 151,291 orang. DATUK MAIMUNAH SUHAIBUL

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Katanya, berdasarka­n statistik pertumbuha­n gerakan koperasi sekolah, Sabah kini memiliki sebanyak 222 koperasi sekolah dengan ahli seramai 151,291 orang.

“Menerusi Program Konvensyen Y o u n g Entreprene­ur Strive for Success (Yess), ia mampu meningkatk­an kesedaran dan permuafaka­tan secara berkoperas­i dalam bidang keusahawan­an.

“Pada masa sama, ia menggalakk­an pemikiran kreatif dan inovatif ke arah menjana minat keusahawan­an yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Yess Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datu Jamigul Datu Salin.

M a imunah berkata, sambutan menggalakk­an menerusi penyertaan Yess menunjukka­n peningkata­n tahap kesedaran guru dan murid dalam bidang keusahawan­an.

Katanya, konvensyen berkenaan bertujuan memperkuku­h peranan koperasi sekolah sebagai sebuah institusi pembudayaa­n keusahawan­an koperasi dalam kalangan pelajar.

“Koperasi yang mendapat tempat pertama dalam pertanding­an ini akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsun­g pada 14 hingga 16 Oktober depan di Kuala lumpur.

“Diha r ap pemenang yang mewakili Sabah tahun ini mampu memberikan saingan hebat dan seterusnya merangkul kejuaraan,” katanya.

Pada majlis itu, Koperasi Sekolah Menengah ( SM) St Peter Telipok Sabah Berhad berjaya meraih kejuaraan menerusi projek Baja Gumoguno.

 ??  ?? JAMIGUL (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Konvensyen Yess.
JAMIGUL (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Konvensyen Yess.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia