Utusan Borneo (Sabah)

Padah tukar nombor daftar kenderaan

‘Penjaga’ kenderaan didenda RM10,000

- Oleh AMIR ANUAR

T AWAU: Seorang ‘ penjaga’ kenderaan didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, gara-gara menukar nombor asal pendaftara­n kenderaann­ya.

Majistret Herlina Muse membuat keputusan itu terhadap Hendr a Syamsuddin, 29, dan memerintah­kannya meringkuk lapan bulan di penjara, jika gagal membayar dendanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahann­ya susulan penahanan seorang remaja lelaki, 16, semasa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuhara pada 11 Ogos.

Penahanan itu dilakukan menerusi Ops Mabuk oleh sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik IPD Ta wau, dibantu Sukarelawa­n Simpanan Polis (SSPDRM).

Pemeriksaa­n terhadap casis kenderaan pacuan empat roda itu melalui sistem MCops kemudianny­a mendapati nombor pendaftara­n sebenar kenderaan terbabit SAC3571E.

Namun, kenderaan pacuan empat roda berkenaan menggunaka­n nombor pendaftara­n SAB1030Y yang disyaki palsu dan turut disahkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Berikutan itu, hukuman terhadap tertuduh selaku penjaga kenderaan terbabit dijalankan mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 (Akta 333/ 87).

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Joan Lee.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahann­ya susulan penahanan seorang remaja lelaki, 16, semasa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuhara pada 11 Ogos.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia