Utusan Borneo (Sabah)

Memandu mabuk: Tiga lelaki didenda

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki tempatan dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Mahjistret di sini, atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Marsilus Bahai, 27, Pitoh Samaring, 45, dan Jekerison James Jais, 27, selepas mengaku bersalah.

Marsilus didenda sabanyak RM1,300, manakala Pitoh dikenakan denda RM1,800 dan Jekerison sebanyak RM1,500.

Sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh empat bulan dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Marsilus dan Pitoh didapati memandu dalam pengaruh alkohol pada 4 Disember 2016 di Jalan Coastal di sini.

Manakala, Jekerison pula didapati memandu dalam keadaan mabuk di depan Hilltop Jalan Lintas pada 19 Julai tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 45A ( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Pindaan 1999), yang boleh didenda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara sehingga tempoh setahun.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Firdaus Che Mustafa.

Sementara itu, empat lelaki turut dijatuhkan hukuman denda atas kesalahan tidak memiliki lesen.

Jeffrey Pinihing, Padang Edi Saul, Al Jepri B. Alikhan dan Mohd Hairul Effindy masingmasi­ng dijatuhkan hukuman denda antara RM500 hingga RM600 selepas mengaku bersalah.

Jeffrey bagaimanap­un, turut didakwa atas kesalahan tidak memiliki insurans kenderaan.

Sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh satu bulan dikenakan.

SADDAM EDRIS

- Oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia