Utusan Borneo (Sabah)

80 sertai Perkhemaha­n Kepimpinan selama tiga hari

-

KENINGAU: Seramai 80 ahli Lions Club Keningau Downtown, Leo Club Koningau Centennial serta ahli pengakap dari SMKen Hwa, SMK Keningau II dan SMK Apin-Apin telah menyertai Perkhemaha­n Kepimpinan selama tiga hari, di sini.

Antara objektif perkhemaha­n adalah untuk mengasah daya kepimpinan serta meningkatk­an disiplin peserta agar berkeboleh­an memimpin dan punya rasa tanggungja­wab terhadap masyarakat, terutama sekali kepada mereka yang memerlukan.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Lions Club Keninga u Downtown, Joyce John berkata perkhemaha­n kepimpinan yang julung- julung kali diadakan itu diharap dapat melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani.

Beliau juga berharap agar mereka yang menyertai program seumpama itu dapat menjadikan mereka pemimpin yang holistik untuk memimpin negara dan negeri Sabah pada masa akan datang.

Berbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemaha­n itu seperti ceramah motivasi, kepimpinan dan juga etiket.

Selain itu, peserta juga mengambil bahagian dalam aktiviti sosial bergotongr­oyong membersihk­an kawasan Sungai Apin-Apin dan menanam 20 pokok durian sebagai ‘Projek Legasi’.

Presiden L e o C lu b Koningau Centennial, Laetitia Anwen Ng berkata melalui perkhemaha­n itu, mereka dapat mengeratka­n lagi ikatan persahabat­an di antara ahli Leo dan pengakap.

“Kami berharap agar program ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan agar kami, anak-anak muda dapat membina jati diri untuk menjadi pemimpin yang berguna suatu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemimpin dan ahli Lions mengabadik­an foto semasa perkhemaha­n itu.
SEBAHAGIAN pemimpin dan ahli Lions mengabadik­an foto semasa perkhemaha­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia