Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan kerjasama lindungi penyu

Foster tandatanga­n MoU dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Persatuan Pencinta dan Pemulihara­an Hidupan Penyu Negeri Sabah ( Fo s t e r ) telah menandatan­gani memorandum persefaham­an ( MoU) dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) untuk meneruskan kerjasama program pemulihara­an dan perlindung­an penyu di Pulau Libaran.

Majlis menandatan­gani MoU itu semasa Kempen UmbrElepha­nt sempena sambutan Hari Gajah Sedunia di Hotel Pan Pacific di Kota Kinabalu pada Selasa.

Majlis menandatan­gani MoU itu antara Presiden Foster yang juga pengarah urusan Walai Penyu Conservati­on Park Alexander Yee dan Pengarah SWD Augustine Tuuga sambil disaksikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew.

Hadir sama, Naib Presiden Foster Dares Saham Asaad, Penolong Pengarah SWD Jum Rafian Abd Sukor dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Rosmadi Datu Sulai.

Sebagai sebahagian daripada program pemulihara­an penyu yang disediakan menerusi penandatan­ganan MoU selama lima tahun dengan SWD yang dimulakan pada Julai 2013, Foster terlibat dalam mewujudkan sebuah Pusat Penetasan Penyu di Pulau Libaran.

Program itu termasuk mewujudkan kesedaran untuk penduduk tempatan dan pengunjung mengenai nilai pemulihara­an penyu laut, menjalanka­n projek- projek penyelidik­an dengan matlamat untuk memahami lebih baik kitaran hidup penyu laut di sekitar kawasan pulau Libaran dan menyediaka­n program penyelidik­an mengenai penyu laut untuk antarabang­sa dan pelajar tempatan.

MoU itu menandakan pelanjutan kerjasama berkenaan dan ia akan mengambil masa sehingga Ogos 2023.

“Kami gembira dapat memperluas­kan kerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah selama lima tahun lagi,” kata Alexander.

“Ia merupakan lima tahun yang sangat mencabar untuk kami dan seketika, kami fikir kami tidak akan membuatnya, jadi kami gembira dapat mencapai satu lagi kejayaan untuk program ini.

“Sekarang kami telah diamanahka­n untuk lima tahun lagi, kami perlu mula merangka rancangan tindakan untuk memastikan kejayaan program ini berterusan,” tambahnya.

Melalui MoU itu, SWD akan menawarkan kepakaran, nasihat, latihan, dan bantuan pemantauan dalam penetasan telur penyu dan operasi yang dilaksanak­an oleh Foster dan Walai Penyu Conservati­on Park.

SWD juga akan menyediaka­n latihan kepada kakitangan yang terlibat dalam program pemulihara­an penyu di Pulau Libaran untuk menjadi Warden Kehormat Hidupan Liar yang kemudianny­a boleh melaksanak­an penguatkua­saan berhubung dengan perlindung­an spesies tersebut dengan pembiayaan akan dilakukan Foster.

Sejak 1 Januari 2013 hingga 31 Januari 2018, Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran telah mengumpulk­an 22,786 biji telur Penyu Hijau dan 10,090 biji Telur Penyu Sisik yang keseluruha­nnya berjumlah 32,876.

Anak penyu biasanya memerlukan 45-65 hari untuk menetas dari telur. Tidak semua akan bertahan dalam tempoh inkubasi.

Pada 1 Mac 2018 pula, pusat penetasan telur penyu dinamakan sebagai Taman Hadiah itu melepaskan anak penyu sebanyak 30,000 ekor dari pantai Pulau Libaran.

Sekarang kami telah diamanahka­n untuk lima tahun lagi, kami perlu mula merangka rancangan tindakan untuk memastikan kejayaan program ini berterusan. ALEXANDER YEE

Presiden Foster/pengarah urusan Walai Penyu Conservati­on Park

 ??  ?? ALEXANDER (kiri) bertukar dokumen dengan Augustine sambil diperhatik­an oleh Christina (tengah).
ALEXANDER (kiri) bertukar dokumen dengan Augustine sambil diperhatik­an oleh Christina (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia