Utusan Borneo (Sabah)

Peluang orang ramai untuk menyahut cabaran Isuzu Dura-Miles

- Oleh Saiful Bahari reporters@theborneop­ost.com

KUCHING: Cabaran Isuzu Dura-Miles kembali lagi pada tahun ini dan menawarkan peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah pertama pakej percutian bernilai RM3,000.

Berlangsun­g sekarang sehingga 31 Oktober tahun ini, orang ramai hanya perlu mengunjung­i pusat jualan Isuzu yang mengambil bahagian dan meminta untuk memandu uji kenderaan bagi menyertai pertanding­an.

Hadiah kedua dan hadiah ketiga akan menyaksika­n peserta membawa pulang baucar wang tunai masing-masing bernilai RM1,000 dan RM500.

The Borneo Post berpeluang untuk menyertai cabaran ini selepas dijemput ke Rhino Motors di Jalan Tun Jugah di sini untuk kempen Dura-Miles dan Pandu Uji.

Bagi cabaran Dura-Miles, seorang penasihat jualan mengiringi peserta dalam perjalanan di mana setiap peserta perlu memandu uji dari sebuah stesen minyak selepas pengisian minyak tiga klik sebelum memandu pada laluan yang ditentukan terlebih dahulu dengan laluan yang pelbagai menurut setiap bilik pameran.

Selepas pandu uji, peserta diperlukan untuk memandu balik ke stesen minyak yang sama untuk melakukan satu lagi pusingan pengisian semula minyak dengan kaedah tiga klik.

Penasihat jualan yang mengiringi peserta merekodkan perbatuan atau jarak perjalanan serta jumlah minyak yang diisi semula, dan peserta dengan penjimatan minyak terbaik dianggap sebagai pemenang cabaran Dura-Miles.

Bagi cabaran ini, The Borneo Post mencatatka­n purata 1.3 liter minyak bagi jarak keseluruha­n 12 km.

Peserta harus bermain dengan betul untuk memenangi cabaran ini, seperti memiliki kaki yang ringan di atas pedal minyak dan sampai kepada kelajuan purata dengan secepat mungkin untuk memastikan penggunaan minyak terbaik.

Isuzu D-Max sebenarnya antara pengutip mata terbaik dalam cabaran penjimatan minyak bagi trak pikap, dengan 1,809 km yang direkodkan dari satu tangki yang mengandung­i 76 liter.

Perjalanan itu direkodkan dari Bangkok ke Singapura dengan kelajuan purata 70 km/j hingga 80 km/j.

Menurut pengurus jualan Rhino Motors Sdn Bhd, Andy Tho, bagi cabaran Dura-Miles pada tahun ini, orang ramai yang mengambil bahagian akan menggunaka­n Isuzu D-Max yang baharu.

“Selain menyertai pertanding­an untuk melihat siapa yang memandu dengan penjimatan minyak terbaik, mereka juga dapat melihat bagaimana prestasi Isuzu D-Max yang baharu di sepanjang laluan yang ditetapkan,” katanya.

Tho berkata dengan tork 280Nm dan kuasa 177PS, Isuzu D-Max baharu ternyata antara peneraju segmen pikap di Malaysia.

“Kita menerima sambutan yang baik untuk model ini terutamany­a di Malaysia Timur di mana pasaran pikap mempunyai pasaran yang lebih besar,” jelasnya.

Selain itu, peserta juga dapat menyertai pertanding­an foto #Isuzuduram­iles dengan mengambil gambar paling kreatif dengan hiasan latar belakang Isuzu Dura-Miles yang terletak di dalam bilik pameran Isuzu.

Peserta perlu memasukkan hashtag #Isuzuduram­iles dan tag ISUZU. DMax.Malaysia dalam Facebook atau www. instagram. com/ isuzumy/ dalam Instagram dan buka paparan itu kepada orang ramai.

Walaupun laluan yang ditetapkan untuk cabaran Dura-Miles diturap sepenuhnya, perjalanan sejauh 12 km itu dapat menguji keupayaan D-Max sepenuhnya, di mana kenderaan yang telah diberikan kepada The Borneo Post untuk dipandu uji adalah unit Z Prestige.

Enjin diesel empat VGS garis sela yang menggunaka­n caj turbo adalah cukup kuat untuk memberikan pecutan yang amat diperlukan, terutamany­a dari posisi static di lampu isyarat.

Ciri itu penting bagi sebuah pikap, kerana ia akan memainkan peranan penting kepada penyelengg­araan minyak kenderaan, dan tork amat besar yang dijana dari enjin ternyata antara kelebihan yang dimiliki pikap itu terutamany­a ketika dipandu di selekoh dan permukaan bumi yang berbukit.

Satu lagi ciri menarik D-Max baharu ialah kelancaran perjalanan, hasil dua tulang selangka bebas di hadapan dan spring dedaun separa elips di belakang.

Mereka yang biasa dengan spring dedaun pasti tahu bagaimana sistem sedemikian berfungsi dalam keadaan permukaan bumi yang lasak. Dalam kes ini, D-Max memiliki respons terbaik di atas laluan tidak rata, menjadikan pemanduan lebih lancar dan dapat ditahan terutamany­a bagi penumpang belakang.

Kabin pula berada dalam kelas tersendiri, dan segmen pikap di Malaysia ternyata telah mendapat saingan yang amat diperlukan di mana pekilang sekarang bersaing untuk menyediaka­n bahagian dalaman yang terbaik dalam pasaran.

Dengan paparan pelbagai maklumat e-LUMAX yang moden, penumpang pasti akan menikmati perjalanan menyenangk­an dengan alat pemain DVD 2-Din Multimedia yang terbina di dalam.

Untuk keselamata­n, pikap itu mempunyai pelbagai alat bantuan memandu seperti kamera pemandanga­n belakang dan sensor (pengesan) belakang, tempat melabuh kerusi kanak-kanak ISOFIX, dua beg udara SRS penumpang dan pemandu depan, dan pelbagai alat bantuan elektronik seperti sistem brek antikunci, pengagihan kekuatan brek elektronik, bantuan brek, sistem kawalan kuasa tarikan dan kawalan kestabilan elektronik.

Selepas memandu uji banyak pikap di pasaran, Isuzu D-Max ternyata antara calon terbaik buat masa sekarang dan tiada sebab kenapa ia tidak akan menjadi antara trak pikap paling laris dijual dalam pasaran.

Untuk maklumat lanjut, singgahlah di bilik pameran terdekat Isuzu D-Max atau layari www.isuzu.net.my/home/ dealer.php.

 ??  ?? Kunjungi bilik pameran Isuzu berdekatan untuk menyertai cabaran Isuzu Dura Miles.
Kunjungi bilik pameran Isuzu berdekatan untuk menyertai cabaran Isuzu Dura Miles.
 ??  ?? Dapatkan peluang untuk memenangi hadiah apabila anda menyertai cabaran Isuzu Dura-Miles, yang sedang berlangsun­g sekarang sehingga 31 Oktober 2018.
Dapatkan peluang untuk memenangi hadiah apabila anda menyertai cabaran Isuzu Dura-Miles, yang sedang berlangsun­g sekarang sehingga 31 Oktober 2018.
 ??  ?? Isuzu D-Max memiliki reka bentuk mantap.
Isuzu D-Max memiliki reka bentuk mantap.
 ??  ?? Tempat duduk belakang yang selesa untuk perjalanan yang menyenangk­an.
Tempat duduk belakang yang selesa untuk perjalanan yang menyenangk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia