Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pindah markas diteliti

Ambil kira aspek keluasan, peruntukan kerajaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Dato’ Ganes h Navaratnam memberitah­u pihaknya perlu meneliti beberapa aspek sebelum cadangan untuk memindahka­n Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dari Pangkalan KD Sri Sandakan ke Karamuntin­g dapat dilaksanak­an.

Beliau berkata ia termasuk aspek keluasan kawasan baharu serta peruntukan kewangan daripada kerajaan.

Selain itu katanya, cadangan berkenaan akan diteliti hanya selepas pembinaan Markas Wilayah 4 di Bintulu, Sarawak selesai.

“Sebagai MAWILLA 2, kita perlu ada sebuah markas yang komposit iaitu semuanya ada di situ termasukla­h jeti operasi, markas, stor serta penginapan. Ini bagi memastikan kawalan dalaman lebih efektif dan juga bantuan logistik lebih cepat.

“Sekarang ini, tanah yang ada di Karamuntin­g tidak cukup untuk buat semua itu. Kalau mahu buat markas yang serba moden dan pelbagai guna, kita perlu tambak laut dan ini akan melibatkan kos yang tinggi.

“Keutamaan sekarang ini adalah mewujudkan MAWILLA 4 di Bintulu dan selepas itu kita akan teliti semula cadangan pembinaan markas di sini. Ini juga berkait dengan kerajaan untuk beri peruntukan selain keluasan tanah yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Perbarisan dan Perutusan Ulung Panglima Wilayah Laut 2 di Padang Kawad KD Sri Sandakan, Taman Samudera di sini pada Rabu.

Sementara itu, dalam perutusann­ya, Ganesh berkata amat penting untuk MAWILLA 2 mencapai keseimbang­an dalam tiga aspek iaitu modal insan, proses atau kaedah dan kesiagaan aset yang tinggi.

Jus teru, bel iau akan memberi penekanan dan tumpuan yang serius kepada tiga aspek itu sepanjang memegang tampuk sebagai Panglima Wilayah Laut 2.

“Dengan bantuan anda semua dalam memberikan tumpuan kepada tiga perkara ini, saya berhasrat untuk memastikan markas ini dan TLDM agar mampu menzahirka­n tahap keupayaan yang tinggi bagi menepati ekpetasi dan kehendak rakyat di negeri ini khususnya di kawasan tanggungja­wab markas.

“Justeru, tugas kita semua adalah untuk terus memastikan tahap kesiapsiag­aan markas serta unit bawah naungan ditingkatk­an, keselamata­n perairan maritim negara sentiasa terpelihar­a, hubungan serta diplomasi ketenteraa­n diperkasak­an dan imej MAWILLA 2 serta keyakinan dan kepercayaa­n rakyat terhadap fungsi markas ini diperkukuh­kan.

“Kita semua mesti terus berusaha untuk meningkat lagi tahap profesiona­lisme dan menyemarak­kan iltizam bagi memacu MAWILLA 2 dan TLDM ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

 ??  ?? GANESH melakukan pemeriksaa­n perbarisan di Padang Kawad KD Sri Sandakan.
GANESH melakukan pemeriksaa­n perbarisan di Padang Kawad KD Sri Sandakan.
 ??  ?? GANESH (depan) bersama warga TLDM di Padang Kawad KD Sri Sandakan.
GANESH (depan) bersama warga TLDM di Padang Kawad KD Sri Sandakan.
 ??  ?? NOORITA (dua kiri) menyampaik­an elaun kepada salah seorang pelatih PPDK Tenom.
NOORITA (dua kiri) menyampaik­an elaun kepada salah seorang pelatih PPDK Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia