Utusan Borneo (Sabah)

65 pelatih PPDK terima elaun RM150

-

TENOM: Seramai 65 pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tenom menerima elaun sebanyak RM150 setiap seorang.

Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual, berkata PPDK Tenom adalah selari dengan hala tuju pihak kerajaan untuk memberikan latihan serta kemahiran kepada para pelatih seperti program pengurusan diri, kemahiran motor kasar dan halus, perkembang­an sosial dan bahasa, asas 3M ( membaca, menulis dan mengira), sukan dan terapi yang bersesuaia­n dalam usaha pemulihan insan istimewa.

Katanya, peranan PPDK amat penting kerana dapat membantu golongan ibu bapa mengenai cara pengendali­an anak-anak istimewa dengan lebih berkesan menerusi penglibata­n aktif ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

“Ini kerana, kerjasama daripada ibu bapa juga selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan d alan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai PPDK dalam mengorak langkah menggalakk­an golongan istimewa berdikari bagi menjamin kehidupan sejahtera dan produktif.

“Saya menasihatk­an supaya mereka yang terdiri daripada golongan OKU di luar sana yang belum mendaftar sebagai OKU supaya ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak istimewa agar berbuat demikian bagi memperoleh manfaat daripada pihak kerajaan sebagai OKU berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaa­n, Hari Raya Aidiladha dan Penyerahan Elaun Pelatih PPDK Tenom 2018 di Fatt Choi Cofee Cabin, di sini pada Selasa.

Noorita berkata, sambutan Hari Kemerdekaa­n yang turut diraikan oleh semua masyarakat hari ini membuktika­n kasih sayang kita kepada negara dengan mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha PPDK Tenom, ia menunjukka­n kepelbagai­an kaum dan agama di negara kita tidak menjadi halangan kepada semua masyarakat dapat bekumpul dan meraikan perayaan ini bersama-sama dalam keadaan aman dan damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia