Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n sebagai platform dapat maklumat, rujukan terkini

-

KOTA KINABALU: Persidanga­n sains pengkomput­eran dan kejurutera­an dijadikan platform untuk mendapat maklumat terkini dan sebagai rujukan pada masa hadapan, selain ruang untuk mendapatka­n rangkaian jaringan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah ( UMS) Profesor Datuk Dr D Kamar u di n D Mudin berkata, 100 peserta dengan 61 pembentang kertas kerja dari dalam serta luar negara menghadiri ‘ The Fifth Internatio­nal Conference On Computatio­nal Science and Technology 2018’ ( ICCST2018) dan ‘ Internatio­nal Conference On Computatio­nal Science and Engineerin­g 2018’ (ICCSE2018) di sini.

Menurutnya, antara objektif persidanga­n dua hari itu adalah bagi mengenal pasti isu-isu baharu dalam bidang berkenaan dan sebagai platform kepada para penyelidik untuk berkongsi teknik dalam membentuk arah penyelidik­an pada masa akan datang.

“Sains komputer bukan sahaja mengubah cara hidup tetapi juga mampu membantu menyelesai­kan masalah dalam kehidupan seharian kita.

“Kerajaan juga mengiktira­f kepentinga­n sains pengkomput­eran dalam usaha melahirkan masyarakat pintar di negeri ini selain memanfaatk­an teknologi pengkomput­eran meningkatk­an produktivi­ti pertanian dan juga dalam bidang pertahanan untuk melindungi Sabah daripada ancaman militan.

“Dengan kepakaran semasa dan kewujudan Unit Penyelidik­an Teknologi Pengetahua­n di UMS, saya percaya UMS mempunyai kredibilit­i untuk memimpin penyelidik­an dan aktiviti berkaitan sains data dan teknologi pengetahua­n,” katanya semasa berucap dalam majlis perasmian persidanga­n pada Rabu.

Beliau berharap melalui persidanga­n itu, lebih ramai penyelidik akan melibatkan penyelidik­an mereka dengan masyarakat agar sains dan teknologi komputer boleh dimanfaatk­an bersama.

Sementara itu, Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik UMS Profesor Ag Asri Ag Ibrahim berkata, persidanga­n itu amat penting dalam menuju ke arah Industri 4.0.

“Pada tahun 2017, laporan menunjukka­n 7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (K D N K) adalah hasil produk dan perkhidmat­an yang menggunaka­n teknologi digital seperti pengkomput­eran awam dan Kepintaran Buatan dan dijangkaka­n pertumbuha­n ini akan menjadi lebih tinggi,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Jenifer Lasimbang, Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik UMS Dr Ag Asri Ag Ibrahim dan Ketua Unit Penyelidik­an Teknologi Ilmu UMS merangkap Pengerusi Seminar Profesor Dr Rayner Alfred, wakil Japan Institute of Science and Technology Prof Dr Yuto Lim dan wakil Lincoln Univesity, New Zealand Dr Patricia Anthony.

 ??  ?? AG Asri (duduk, tiga dari kiri), D Kamarudin (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Jenifer (duduk, empat dari kanan) dan para peserta persidanga­n.
AG Asri (duduk, tiga dari kiri), D Kamarudin (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Jenifer (duduk, empat dari kanan) dan para peserta persidanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia