Utusan Borneo (Sabah)

Karnival kuih bulan, perarakan tanglung di Jalan Gaya, 29 Sept

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt masing- masing menaja RM25,000 untuk Karnival Kuih Bulan dan Perarakan Tanglung 2018, yang akan berlangsun­g di Jalan Gaya pada 29 September depan.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Gabungan Persatuan Masyarakat Cina Kota Kinabalu (USCCAKK), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pejabat Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan pejabat Adun Likas.

Pres iden USCCAKK Datuk Susan Wong Siew Guen mengumumka n berita gembira itu semasa meng a g ihkan bo r ang pendaftara­n untuk pertanding­an tanglung ke sekolah rendah dan menengah kawasan bandaraya pada Selasa.

Karnival dan perarakan itu akan diadakan dari jam 6 petang hingga 10 malam. Orang ramai dialu-alukan untuk datang dan menikmati perarakan tanglung, persembaha­n nyanyian dan pertunjuka­n kebudayaan pada malam itu.

Perarakan tanglung akan bermula dari tempat letak kereta DBKK menuju ke Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Jesselton Hotel dan kembali semula ke Lintasan Deasoka.

Lebih 20 sekolah telah dijemput untuk menyertai pertanding­an tanglung berkenaan, terdiri SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu, SJK(C) Yick Nam Inanam, SJK(C) Yue Min Penampang, SJK(C) St James, SJK(C) Che Hwa Kolombong, SM Tshung Tsin Sabah, SM Kian Kok, Sekolah Tinggi Kota Kianbalu dan SM Lok Yuk.

Pertanding­an tanglung dibahagika­n kepada enam kategori, iaitu Sekolah Rendah( penyerahan kumpulan), Sekolah Rendah ( penyerahan individu), Sekolah Menengah ( penyerahan kumpulan), Sekolah Menengah ( penyerahan individu), USCCAKK dan Terbuka.

Para peserta dikehendak­i menggunaka­n bahan-bahan kitar semula dalam membuat tanglung mereka. Tanglung mesti bergerak, sama ada dibawa oleh peserta atau dipasang dengan roda, untuk menyertai perarakan.

Pertanding­an ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM8,600 yang akan dianugerah­kan kepada pereka tanglung yang baik dan mencermink­an tema pemulihara­an alam sekitar.

Tar ikh akhi r untuk pendaftara­n pertanding­an tanglung adalah pada 26 September 2018, jam 12 tengahari.

Untuk mendaftar atau butiran lanjut, hubungi sekretaria­t USCCAKK atau kaki tangan yang bertanggun­gjawab di talian 012-882 1440, 012-823 4666, 012-802 3282 atau 012-825 2782.

 ??  ?? SUSAN (duduk, tujuh dari kanan) dan jawatankua­sa penganjur bergambar dengan pengetua dan wakil-wakil sekolah selepas mengedarka­n borang penyertaan.
SUSAN (duduk, tujuh dari kanan) dan jawatankua­sa penganjur bergambar dengan pengetua dan wakil-wakil sekolah selepas mengedarka­n borang penyertaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia