Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan pendidikan anak

200 calon UPSR sertai bengkel anjuran Yayasan Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Lebih 200 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekolah sekitar daerah ini menyertai Bengkel Teknik Menjawab UPSR anjuran bersama Yayasan Sabah dan Majlis Guru Besar Daerah Beaufort pada Selasa.

Bengkel itu telah diadakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar.

Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail berkata bagi membina masa depan anak-anak, ibu bapa perlu memberi perhatian serta penekanan kepada pendidikan.

Katanya, melalui pendidikan, i a mampu memberi masa depan yang cerah kepada anak-anak sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n negeri serta negara.

Beliau berkata, masa depan merupakan milik penuh anakanak muda justeru, ibu bapa perlu memberikan pendidikan yang terbaik kepada anakanak mereka bagi memastikan mereka mampu melakar kejayaan di masa hadapan.

“Ingatlah bahawa masa depan merupakan milik anakanak justeru, janganlah siasiakan peluang yang sedia ada terutama sekali peluang dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Teknik Menjawab UPSR di SK Mempagar.

Dalam pada itu, Zulkhairi sempat memberi kata- kata semangat serta dorongan kepada para murid yang hadir untuk melakukan yang terbaik dalam ujian yang bakal diduduki mereka nanti.

Katanya, para murid harus menganggap ujian itu adalah sesuatu yang penting dan harus dilakukan dengan terbaik kerana ia merupakan langkah pertama bagi membina masa depan.

Beliau berharap segala usaha yang telah dilakukan para murid sebelum ini akan membuahkan hasil.

“Semoga a payang diusahakan anda sebelum ini membuahkan hasil dan saya doakan agar semua berjaya dalam ujian akan datang,” katanya.

Masa depan milik penuh anak - anak muda justeru, ibu bapa perlu memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak- anak mereka bagi memastikan mereka mamp u melakar kejayaan di masa hadapan. Ingatlah bahawa masa depan merupakan milik anak-anak justeru, janganlah sia-siakan peluang yang sedia ada terutama sekali peluang dalam pendidikan. ZULKHAIRI ISMAIL Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan

 ??  ?? ZULKHAIRI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian hadirin.
ZULKHAIRI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian hadirin.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? ZULKHAIRI menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
ZULKHAIRI menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia