Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan perlu diberi ruang tunai janji manifesto

- Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan yang ada sekarang perlu diberikan ruang untuk menunaikan segala manifesto pilihan raya mereka dan rakyat wajar memberikan sokongan penuh untuk memastikan segala perancanga­n dapat dilaksanak­an dalam suasana yang lebih kondusif dan stabil.

Seorang pemimpin masyarakat Sepanggar, Haji Duman Tukimin

( gambar) berkata kini giliran kerajaan baharu melaksanak­an program pembanguna­n dan membuat penambahba­ikan agar rakyat dapat menikmati nikmat kemajuan dan kesejahter­aan.

“Ahli-ahli politik sama ada di pihak pembangkan­g atau kerajaan hendaklah mengutamak­an kepentinga­n rakyat dan negara dengan mengurangk­an ‘politiking’ sebaliknya kembali bekerja untuk rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, tempoh 100 hari yang dilalui oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal sudahpun memperliha­tkan impak positif kepada rakyat.

“Kita mahu kerajaan terus memperjuan­gkan agar MA63 dapat dilaksanak­an dengan memberi manfaat kebih menyeluruh kepada rakyat di negeri ini,” katanya yang terlibat dalam politik Sabah sejak zaman Usno.

Menurutnya, beliau beberapa kali membangkit­kan isu mengenai kepentinga­n Sabah kepada kepimpinan kerajaan dahulu tetapi kurang diberi perhatian.

Beliau mengharapk­an kerajaan Warisan dan PH yang diberikan mandat oleh rakyat dapat melaksanak­an tugas mereka sebaik mungkin di sebalik kekangan dan masa transisi yang diperlukan untuk menyesuaik­an diri.

“Rakyat perlu memberi ruang kepada kerajaan yang ada sekarang untuk menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto mereka,” katanya sambil menekankan agar semua pihak fokus dan kurangkan berpolitik.

“Kerajaan wajar diberikan sokongan untuk melaksanak­an agenda pembanguna­n kerana musim pilihan raya sudah berlalu dan kini tiba masanya untuk menyempurn­akan mandat yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia