Utusan Borneo (Sabah)

30 kontinjen ambil bahagian dalam perbarisan Bulan Kebangsaan daerah Keningau

-

KENINGAU: Kira-kira 1,000 orang mewakili 30 kontijen mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat daerah yang diadakan di kompleks sukan di sini pada Selasa.

Para kontinjen yang mengambil bahagian terdiri jabatan- jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ras ini n Kaut i s telah melakukan pelancaran program itu yang turut diadakan gerai-gerai pameran sejarah dan produk tempatan daripada pengusaha di daerah ini.

Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat di daerah ini agar dapat mengibarka­n Jalur Gemilang pada kenderaan, kediaman dan premis kerja masingmasi­ng dengan penuh rasa megah dan bangga.

Katanya, ia adalah masanya rakyat mengetepik­an fahaman politik masing-masing dan menunjukka­n rasa cinta serta bangga kepada negara.

“Semoga dengan cara ini kita akan dapat menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e terhadap tanah air tercinta dengan mengekalka­n semangat perpaduan, kesatuan, sikap hormat menghormat­i dan persaudara­an yang sedia terjalin di antara rakyat, agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti sekali gus memacu negara ini ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Justeru, beliau mengajak rakyat di daerah ini bersamasam­a menyemai semangat

‘Sayangi Malaysiaku’ bermula dari peringkat anak-anak lagi agar mereka memahami erti kemerdekaa­n, kedaulatan dan perpaduan demi memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera.

Rasinin yang juga Adun Liawan yakin program itu akan dapat menaikkan semangat cintakan negara khususnya kepada generasi muda untuk lebih menghayati dan menyayangi negara bertuah ini.

“Pemilihan tema Sayangi Malaysiaku bagi sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia tahun ini amat bertepatan sekali dengan situasai sekarang yang akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita sebagai wa rganega r a Ma l ays i a yang cintakan tanah air.

“Kemerdekaa­n bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindar­i penjajahan mental melalui pengaruh negatif serta amalan yang merosakkan negara kita,” katanya.

Beliau berkata, penetapan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini menunjukka­n betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami, hormat menghormat­i serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara lebih gemilang, stabil dan aman damai.

Dengan nikmat kemerdekaa­n katanya, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta dapat bertolak ansur dalam menjalin hubungan, sekali gus perpaduan kaum yang merupakan satu nikmat amat berharga.

Sementara itu, Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Sambutan Haji Yusop Haji Osman turut meminta rakyat di daerah ini termasuk premisprem­is perniagaan agar dapat mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda kesyukuran terhadap keamanan dan keharmonia­n negara ini sejak mencapai kemerdekaa­n.

Beliau juga berharap agar pada perayaan akan datang, lebih ramai generasi belia dilibatkan dalam sambutan s eumpama i tu supaya mereka lebih memahami dan menghayati erti kemerdekaa­n yang sebenarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Lee Nyuk Kim, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif dan OKK Victor Anahong, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Eddy RM Jasni, Penolong Pegawai Daerah Sook Virus Malitam dan Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau (KCCC) Raymond Koh, serta Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah Justin Alip (Tambunan) dan Egbert Manjin (Bingkor).

 ??  ?? RASININ (dua kiri) menyaksika­n pameran foto sejarah di gerai pameran Jabatan Muzium Warisan Keningau. Turut kelihatan Yusop (tiga kiri) dan Pegawai Jabatan Muzium Warisan Keningau Doutis Goukit (kiri).
RASININ (dua kiri) menyaksika­n pameran foto sejarah di gerai pameran Jabatan Muzium Warisan Keningau. Turut kelihatan Yusop (tiga kiri) dan Pegawai Jabatan Muzium Warisan Keningau Doutis Goukit (kiri).
 ??  ?? RASININ dan Yusop membalas tabik hormat dalam lintas hormat kontinjen Pejabat Daerah.
RASININ dan Yusop membalas tabik hormat dalam lintas hormat kontinjen Pejabat Daerah.
 ??  ?? YUSOP (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rasinin. Turut kelihatan Eddy (kanan) dan Lee (kiri).
YUSOP (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rasinin. Turut kelihatan Eddy (kanan) dan Lee (kiri).
 ??  ?? KONTINJEN Pengakap yang mengambil bahagian dalam program itu melakukan lintas hormat di hadapan Rasinin.
KONTINJEN Pengakap yang mengambil bahagian dalam program itu melakukan lintas hormat di hadapan Rasinin.
 ??  ?? KONTINJEN Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah melakukan lintas hormat di hadapan Rasinin.
KONTINJEN Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah melakukan lintas hormat di hadapan Rasinin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia