Utusan Borneo (Sabah)

Richard berbasikal KudatKK semarak kemerdekaa­n

- Oleh HENRY BATING

PESARA Pegawai Penerangan Daerah, Richard Ansin, 61, memulakan kayuhan solo berbasikal 210km dari Kudat ke ibu negeri pada Selasa untuk menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e sempena Bulan Kemerdekaa­n tahun ini.

Beliau yang berasal dari Kg Lodung, Kudat membuat persinggah­an pertama di pejabat daerah di sini dengan sambutan mesra Penolong Pegawai Daerah Hamdan Sarudin, rakan-rakan Jabatan Penerangan dan Kelab Basikal Bukit.

“Di samping merealisas­ikan semangat kemerdekaa­n, saya mengamalka­n rekreasi berbasikal untuk mengekalka­n kecergasan fizikal,” katanya ketika ditemui.

Dalam kayuhan solo itu, dia bermalam di Kota Belud sebelum meneruskan kayuhan ke Tuaran untuk sampai ke Kota Kinabalu sebagai destinasi Kembara Merdeka.

Richard sebelum bersara telah berkhidmat 39 tahun di Jabatan Penerangan bermula dari tugas kerani sehingga ke pegawai penerangan daerah di sini.

Beliau yang kini menetap di Kg Lotong berkecimpu­ng dalam rekreasi berbasikal sejak persaraan awal tahun lalu dengan menyertai pelbagai kejohanan basikal bukit termasuk veteran Kota Marudu dan di beberapa tempat lain.

Menurutnya, ketika berkayuh dari Kudat, dia menghadapi cabaran terik matahari dengan tiupan angin kencang.

“Namun kayuhan diteruskan demi menyempurn­akan misi dan syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

 ??  ?? RICHARD disambut mesra warga Pejabat Daerah Kota Marudu.
RICHARD disambut mesra warga Pejabat Daerah Kota Marudu.
 ??  ?? RICHARD dalam kayuhan solo.
RICHARD dalam kayuhan solo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia