Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi nahas dalam nahas

Pemuda lihat kemalangan maut selepas pikap terlibat kemalangan melanggarn­ya akibat dirempuh kenderaan lain

- MANGSA yang berada di bawah trak pikap berkenaan dikeluarka­n anggota bomba.

MIRI: Seorang pemuda Penan yang turun dari kende r a anny a untuk melihat kemalangan yang berlaku di Jalan PujutLuton­g berhampira­n lampu isyarat Pujut 7 di sini tengah malam Isnin maut apabila dilanggar kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Seteven Ajang, 29, dari Taman Desa Senadin di sini, terperosok di bawah trak pikap tersebut.

Mangsa masih bernyawa dan dalam keadaan separuh sedar semasa dibawa ke hospital, tetapi meninggal dunia jam 7.40 pagi semalam semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu yang mengesahka­n kejadian itu pada Selasa memberitah­u, sebelum pelanggara­n itu, berlaku satu kemalangan jalan raya yang menyebabka­n kerosakan kecil melibatkan dua kenderaan iaitu trak pikap terbabit dan kenderaan pacuan empat roda di lokasi berkenaan.

“Sema s a kedua - dua pemandu sedang berbincang sesama sendiri berkaitan kemalangan tersebut dan menunggu kenderaan terlibat kemalangan ditarik jentera penarik kereta, mangsa yang lalu di kawasan tersebut berhenti di tepi jalan lalu turun dari kenderaan yang dinaikinya untuk melihat kemalangan itu,” katanya.

Menurut beliau, apabila mangsa sampai berdekatan trak pikap yang terbabit dalam kemalangan kecil itu, tiba-tiba sebuah SUV datang dari arah belakang lalu melanggar bahagian belakang trak pikap tersebut, menyebabka­n ia berpusing lalu melanggar mangsa yang berada berdekatan tempat kejadian.

Akibatnya, mangsa yang terperosok ke bawah trak pikap itu mengalami cedera parah dan dikeluarka­n pa s u k a n b omb a d a n penyelamat yang tiba di tempat kejadian selepas me n e r ima panggilan kecemasan jam 12.48 tengah malam.

Ketika dikeluarka­n dari bawah trak pikap itu, mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dikejarkan ke Hospi tal Miri dengan ambulans untuk rawatan lanjut, namun pihak hospital mengesahka­n mangsa mati di wad kecemasan pada jam 7.40 pagi Selasa.

Pemandu SUV, seorang pemuda berusia 24 tahun dari Lutong Baru dan pemandu trak pikap, seorang lelaki berusia 49 tahun dari Long Tungan, tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanap­un, kenderaan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan, manakala trak pikap yang dilanggarn­ya ros ak pada bahagi a n belakang.

Alexson memberitah­u, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? SUV remuk teruk selepas merempuh bahagian belakang trak pikap yang kemudian melanggar mangsa yang berada di tepi jalan ketika itu.
SUV remuk teruk selepas merempuh bahagian belakang trak pikap yang kemudian melanggar mangsa yang berada di tepi jalan ketika itu.
 ??  ?? ORANG ramai berkerumun di tempat kejadian di mana dua kemalangan berlaku di satu lokasi.
ORANG ramai berkerumun di tempat kejadian di mana dua kemalangan berlaku di satu lokasi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia