Utusan Borneo (Sabah)

Seorang daripada tujuh suspek serangan bersenjata dicekup

-

SIBU: Pihak polis di sini telah menahan seorang daripada sekumpulan tujuh lelaki yang bersenjata­kan parang disyaki menyerang seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah rumah di Ulu Sungai Merah di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian pukul 12.05 pagi itu mangsa dan ahli keluarga sedang tidur apabila didatangi tujuh lelaki tidak dikenali.

“Salah seorang daripada mereka sudah berjaya ditangkap petang Selasa,” katanya ketika dihubungi pada selasa.

Dalam kejadian itu, kumpulan samseng itu memanjat masuk ke dalam rumah serta memecahkan cermin hadapan rumah.

“Suspek telah mengacukan parang ke arah pengadu dan ahli keluarga lalu terus menetak abang ipar pengadu pada bahagian paha kiri dan bahu kiri,” kata Stanley.

Katanya, suspek kemudian mengambil beberapa telefon bimbit yang disimpan dalam bilik serta perakam CCTV sebelum melarikan diri menggunaka­n tiga kereta yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatka­n rawatan.

Menurutnya, pengadu yang merupakan adik ipar mangsa melaporkan kerugian dalam insiden itu dianggarka­n berjumlah RM10,000.

Katanya, siasatan polis mendapati mangsa tidak mengenali suspek yang terlibat namun polis akan menyelidik lebih lanjut memandangk­an mangsa mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mangsa mempunyai banyak rekod jenayah curi dan mereka yang terlibat dalam serangan itu dipercayai datang ke rumah mangsa untuk mengambil barang yang dicurinya tetapi mangsa enggan membuka pintu,” katanya dan menambah mereka kemudian bertindak memecah masuk rumah tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkawan bersenjata dan mendatangk­an kecederaan kepada mangsa,”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia