Utusan Borneo (Sabah)

Pameran MAHA kembali lagi

Sasar 3.5 pengunjung tempatan dan antarabang­sa

- Oleh ADR�����������IANA MROON AMBROSE www.maha.gov.my.

SERDANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarka­n 3.5 juta pengunjung tempatan dan antarabang­sa menerusi penganjura­n Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Antarabang­sa 2018 (MAHA 2018) selama 11 hari, iaitu dari 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018 bertempat di MAEPS, di sini.

MAHA 2018 yang masih lagi bertemakan ‘ Makanan Ki t a , Ma s a Depan Kita’, menggarisk­an kepentinga­n negara untuk mempertaha­nkan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Salahuddin Ayub berkata, penganjura­n MAHA 2018selama­11hariituj­ugaakan menonjolka­n kepentinga­n teknologi dan inovas i pertanian ( agroteknol­ogi) dalam industri agromakana­n negara.

“Melalui kecanggiha­n agroteknol­ogi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih efektif.

“Ini secara tidak langsung, dapat menerajui kedaulatan makanan negara,” katanya pada sidang media di MAEPS di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata, selain kekuatan ketenteraa­n dan diplomatik, kemandiria­n masa depan Malaysia bergantung kepada kebol ehan ki t a untuk mencapai kemerdekaa­n dalam aspek pengeluara­n makanan.

“Bagi memastikan masa depan pengeluara­n makanan pula, kehadiran generasi pelapis yang mempunyai kemahuan dan kemahiran ama t penting dalam memastikan bidang pertanian dan industri asas tani terus maju dan mampu menegakkan kedaulatan negara.

“Di samping itu, MAHA 2018 akan turut menampilka­n buah durian, nanas dan kelapa sebagai sumber rezeki baharu pertanian yang mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan mereka yang mampu muncul sebagai jutawan, dengan menjana kekayaan menerusi hasil pertanian mereka,” tambah beliau.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin, Ketua Setiausaha Datuk Mohd Sallehhudi­n Hassan, Ketua Sekretaria­t MAHA Azman Mohd Saad dan Ketua Pengarah Mardi Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Menurut Azman, di MAHA 2018, kesemua 13 pavilion negeri akan dibuka di mana ia akan menampilka­n identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang boleh dinikmati oleh pengunjung.

“Seperti MAHA yang lalu, kesemua laman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya akan turut membuat penampilan semula agar pengunjung MAHA dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian secara ‘hands-on’,

“Satu lagi tarikan MAHA yang sentiasa popular adalah jualan segar hasil pertanian dan makanan antaranya ialah 501 menu juadah popular dari seluruh negeri, produkprod­uk industri asas tani ( IAT), buah- buahan dan sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar dan lain-lain lagi.

“Booth- booth jualan juga telah dibuka untuk tempahan dan hingga ke hari ini, sebanyak 70 peratus booth jualan telah ditempah daripada 1,500 jumlah booth jualan,” katanya.

Antara rakan strategik dan penaja MAHA 2018 adalah Pertubuhan Peladang Kawasan (Nafas), PadiBeras Nasional Berhad (Bernas), Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), CIMB Islamic Bank Berhad, Nestle Malaysia Berhad, Malaysia Airlines, dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada kejayaan MAHA 2018 ini, dijemput untuk menghubung­i Sekretaria­t MAHA 2018 di talian 012-278 3899 atau emel maha sales team@gmail.com.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari

Melalui kecanggiha­n agroteknol­ogi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih efektif. Ini secara tidak langsung, dapat menerajui kedaulatan makanan negara. DATUK SALAHUDDIN AYUB

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

 ??  ?? SALAHUDDIN (tengah) bersama rakan strategik dan penaja MAHA 2018
SALAHUDDIN (tengah) bersama rakan strategik dan penaja MAHA 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia