Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku pertama 2019

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang kepada 5.2 peratus pada suku pertama 2019, selepas dasar dan hala tuju kerajaan baharu lebih jelas pada akhir tahun, kata ahli ekonomi.

Profesor Mahendhira­n Nair, Naib Presiden Penyelidik­an dan Pembanguna­n Monash University Malaysia, berkata dengan dasar yang lebih jelas dijangka di bawah Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 Nov, dan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dijadual dibentangk­an pada pertengaha­n Oktober, langkah- langkah ini akan dapat membantu memacu KDNK negara kepada antara lima dan 5.2 peratus pada suku pertama tahun depan.

“Bagaimanap­un, ini berdasarka­n tiada perang perdaganga­n pada skala besar berlaku dalam arena global,” katanya kepada Bernama di luar pelancaran Kaji Selidik Sentimen Perniagaan Malaysia 2018/2019.

Kaji selidik itu dilaksanak­an oleh Monash University Malaysia dengan kerjasama Akauntan Awam Bertauliah (CPA) Australia dan Global Asia in the 21st Century Research Platform dari Januari hingga Julai tahun ini.

Mengulas mengenai semakan semula unjuran KDNK 2018 negara oleh Bank Negara Malaysia kepada lima peratus baru-baru ini, Mahendhira­n, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Monash Malaysia Research and Developmen­t Sdn Bhd, berkata ini dipengaruh­i oleh ketidakten­tuan dalam persekitar­an global, terutamany­a kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China.

“Bagaimanap­un, saya percaya selagi kerajaan terus menyediaka­n insentif yang sesuai bagi syarikat meningkatk­an rantaian nilai mereka, memperkena­lkan lebih banyak dasar mesra perniagaan, membina lebih banyak infrastruk­tur teknologi, dan membuka peluang pasaran serantau kerajaan kepada kerajaan (G2G) dalam ASEAN, dengan China atau India, langkah ini akan meningkatk­an keyakinan perniagaan dan pelabur, seterusnya memacu pertumbuha­n KDNK,” katanya.

Turut bersetuju dengan pandangan Mahendhira­n, Timbalan Ketua Pengajian dan Pengarah Penyelidik­an di Monash University Malaysia, Profesor Pervaiz Ahmed, berkata tumpuan kerajaan dalam memerangi rasuah juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan keyakinan yang kukuh dalam kalangan perniagaan.

“Daripada pandangan pelabur, mereka mahu sistem yang terbuka dan telus, dan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah melaksanak­an semua itu dan mewujudkan tahap ketelusan, yang akan memberi kepercayaa­n lebih kukuh kepada syarikat untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Mengenai impak perniagaan daripada pelaksanaa­n gaji minimum yang akan dilakukan secara berperingk­at, Mahendhira­n berpendapa­t menggunaka­n teknologi merupakan strategi paling berkesan untuk mengatasi kenaikan kos untuk menjalanka­n perniagaan.

“Berdasarka­n pengalaman dari negara maju, syarikat di negara tersebut menggunaka­n teknologi untuk mengurangk­an kos mereka dalam menjalanka­n perniagaan apabila gaji minimum meningkat.

“Daripada Kaji Selidik Sentimen Perniagaan 2018/2019 kami juga, turut menunjukka­n melabur dalam teknologi adalah strategi masa depan untuk memacu kecekapan kos dalam menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Kaji selidik itu turut menunjukka­n kebimbanga­n terbesar dalam kalangan perniagaan tempatan adalah kenaikan kos untuk menjalanka­n perniagaan berikutan ia akan memberi kesan kepada keuntungan mereka.

“Isu utama yang kedua ialah ringgit lemah, yang akan memberi impak kepada syarikat yang bergantung kepada barangan import untuk proses pengeluara­n mereka,” katanya.

 ?? — Gambar AFP ?? HANTAR TEMPAHAN: Seorang pekerja memunggah makanan dari motosikaln­ya untuk dihantar ke pasar raya kecil di sebuah jalan di Beijing, kelmarin.
— Gambar AFP HANTAR TEMPAHAN: Seorang pekerja memunggah makanan dari motosikaln­ya untuk dihantar ke pasar raya kecil di sebuah jalan di Beijing, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia