Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dijemput hadir ke festival pecah bundle

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Orang ramai dijemput hadir beramairam­ai ke Festival Pecah Bundle Merdeka Tour 2018 yang berlangsun­g dari Selasa hingga hari ini di Tapak 100 Tahun Sabindo.

Penyelaras Program Mohd Fazlan Shah berkata program itu anjuran Pertubuhan Amal Mulia Akrab (Pertama Sabah) dan ‘dipayungi’ oleh Presiden Pertama Sabah Ali Dahan.

“Kita menawarkan 40 gerai makanan dan barangbara­ng terpakai dengan pendekatan unik iaitu RM10 untuk satu plastik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Rabu.

Beliau berkata menariknya pakaian- pakaian terpakai yang ditawarkan kepada pengunjung bukan hanya murah tetapi juga dari luar negara seperti Taiwan, Korea, Jepun dan Australia.

Pihaknya menyasarka­n lebih 1,500 pengunjung menghadiri festival itu yang turut menyaksika­n pengisian acara ‘open jammed’ dan pertanding­an karaoke.

“Fes t ival ini dapat membe r ikan pe luang kepada masyarakat Tawau mendapatka­n pakaian terpakai pada kadar murah dan membuka peluang perniagaan kepada peniaga,” katanya.

Me n u r u t Fazlan, perasmian program pada Selasa disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman diwakili Ketua Wirawati Warisan Kalabakan Rina Jainal.

Selaku penganjur, pihaknya berharap festival berkenaan akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa, malah turut dikembangk­an sehingga ke daerah lain di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia