Utusan Borneo (Sabah)

Perang perdaganga­n China, AS beri manfaat kepada Malaysia

-

UALA LUMPUR: Perang perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat (AS) memberi kesan yang positif kepada Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Menurutnya, minat syarikat daripada kedua-dua negara terbabit untuk melabur di negara ini semakin meningkat susulan perkembang­an terkini itu.

“Saya rasa minat untuk melabur di Malaysia semakin meningkat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dan sekarang akibat perang perdaganga­n antara China dan AS minat antara syarikat dari kedua-dua negara melabur di Malaysia semakin meningkat,” katanya pada persidanga­n Dewan Negara semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chai Kim Sen berhubung implikasi Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang boleh dimanfaatk­an Malaysia bagi menangani kesan negatif perang perdaganga­n.

Ong berkata kementeria­n itu pada masa ini sedang membuat penilaian sama ada CPTPP boleh membawa lebih manfaat dari segi menarik pelaburan asing akibat dari perang perdaganga­n tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan setakat ini masih belum membuat keputusan berhubung CPTPP.

“Saya rasa memang ada kebaikanny­a dari segi kita boleh memasuki pasaran baharu sungguhpun AS telah menarik diri, kita masih ada tiga pasaran baharu iaitu Kanada yang merupakan ekonomi ke-10 terbesar dunia, Mexico yang merupakan ekonomi ke-15 terbesar dan juga Peru,” katanya.

Beliau berkata Kanada dan Mexico juga memiliki hubungan ekonomi yang rapat dengan AS di bawah Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan ia boleh dijadikan papan loncatan untuk syarikat Malaysia memasuki pasaran besar ini termasuk di AS.

“Perkara-perkara ini perlu dipertimba­ngkan oleh kerajaan sebelum keputusan dibuat sama ada mahu ratifikasi CPTPP atau tidak,” katanya.

Ong berkata sehingga kini hanya tiga negara iaitu Mexico, Jepun dan Singapura yang telah melengkapk­an proses ratifikasi masing masing.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia