Utusan Borneo (Sabah)

Edward, Sylvester kembali dengan karya baharu

-

TIDAK sangka, artis yang telah bertapak lama dalam industri muzik di Sabah di era 90-an, bertemu setelah hampir lebih 20 tahun tidak bersua.

Edward Tundoi dan Sylvester Valentine bukanlah nama yang asing di era itu kerana mereka cukup dikenali dengan lagulagu ciptaan mereka sendiri. Mereka sering bertemu ketika aktiviti hiburan dan seni ketika itu dan antaranya pertanding­an sugandoi.

Menurut Sylvester, dia tidak menyangka berjumpa semula dengan rakan karibnya itu setelah sekian lama.

Kegembiraa­n dan kemesraan jelas dilihat pada riak wajah mereka ketika bersama-sama menghadiri sesi rakaman lagu di studio FH Production baru-baru ini.

Katanya, suara Edward masih seperti dahulu dengan gaya dan kerenah lucunya masih seperti dahulu. “Edward memang seorang yang periang dan suka membuat lawak.”

Dia yang ketika itu sedang menjalanka­n latihan bersama komposer lagu terbaharun­ya, sangat terkejut dengan kemunculan Edward di dalam studio.

Sylvester bakal menyanyika­n lagu dalam bahasa Dusun hasil sentuhan karya Freddy Harmthon dalam rentak sumazau yang mana menurutnya, ia adalah lagu Dusun pertama yang dinyanyika­n olehnya setelah sekian lama berkecimpu­ng dalam industri muzik di Sabah. Sebelumnya, kesemua lagunya adalah dalam bahasa Kadazan.

Edward yang sebelum ini pernah merakam sebuah lagu bersama FH Production, kini mencuba nasib untuk merakam single terbaharun­ya dalam bahasa Murut.

“Sebenarnya, kami tidak pernah berduet atau bertanding satu pentas nyanyian tapi kami selalu berjumpa ketika ada program dan aktiviti seni pada waktu itu.

“Dia aktif mencipta lagu-lagu dalam bahasa Kadazan dan saya pula mencipta lagu-lagu dalam bahasa Dusun pada waktu itu. Dia memang berbakat besar dalam bidang ini dan saya agak kagum dengan lantunan suaranya.

“Tidak sangka dapat berjumpa di studio yang sama setelah sekian lama, saya pun sangat terkejut ketika masuk tadi,” katanya.

Edward yang ketika itu menyanyika­n sebuah lagu Murut, menggunaka­n masa latihannya dengan bertukar pendapat mengenai sebutan dalam bahasa Murut daripada Sylvester kerana dia kurang fasih berbahasa Murut.

Freddy ketika ditemui mengakui sangat terkejut dan tidak menyangka mereka telah berkenalan agak lama.

“Sungguhpun saya agak terkejut, saya gembira melihat kerenah mereka dan berharap mereka akan terus berhubunga­n selepas ini, di samping saling bantu membantu kerana hanya itu yang terbaik untuk semua.

“Tanpa sikap tolong menolong antara sesama penggiat seni, industri kita tidak akan ke mana. Jika masing-masing ego, sombong dan tinggi diri, ia akan menghasilk­an budaya yang tidak sihat dalam kalangan penggiat seni dan merosakkan industri kita sendiri,” katanya.

 ??  ?? EDWARD (kanan) berkongsi sesuatu dengan Sylvester.
EDWARD (kanan) berkongsi sesuatu dengan Sylvester.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia