Utusan Borneo (Sabah)

Semakin unggul di Super Spontan Xtravaganz­a

-

KUMPULAN Lobster Leleh sekali lagi mengunggul­i permainan spontan, Super Spontan Xtravaganz­a pada minggu lalu seterusnya menempa kemenangan pada minggu tersebut.

Sejak daripada awal permainan lagi kumpulan yang diketuai oleh Reza Zainal ini memberikan aksi yang cukup hebat dengan corak permainan yang teratur dan ‘punchline’ yang menjadi.

Tidak mahu kalah, Sotong Kangkung berusaha memberi saingan dan usaha mereka menampakka­n hasil apabila mereka mengunggul­i beberapa permainan pada minggu lalu. Namun, semangat berterusan ahli kumpulan Lobster Leleh lebih memikat hati barisan juri serta penonton.

Aksi kurang bertenaga yang dipentaska­n oleh Siti Elizad pada minggu lalu membawa padah apabila rakan sepasukann­ya sepakat untuk mengundi beliau keluar daripada permainan.

Dengan penyingkir­an Siti Elizad, kini jumlah pemain di kedua-dua kumpulan kembali seimbang dengan lima pemain bagi setiap kumpulan.

Jika dilihat daripada segi barisan pemain Lobster Leleh dan Sotong Kangkung, kedua-duanya mempunyai kekuatan yang sama.

Pastinya saingan pada minggu ketujuh ini menjadi sangat sengit. Kumpulan manakah yang akan mengunggul­i permainan mingu ini? Adakah Loster Leleh sekali lagi? Atau Sotong Kangkung?

Sama-sama kita saksikan esok (Jumaat), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124) secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia