Utusan Borneo (Sabah)

‘Kau Pun Sama’ terbaru daripada Syamel, suntik sisi berbeza

-

SYAMEL atau nama penuhnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly yang mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015 semakin mencipta nama dalam industri muzik tanah air dengan menempa kejayaan demi kejayaan. Setelah mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ di awal kemunculan­nya dulu, Syamel terus mengorak langkah dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ hasil nukilannya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Syamel turut mencabar dirinya dengan menyertai pertanding­an realiti Duo Star di mana gandingan bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka menerusi lagu ‘Aku Cinta.’

Dan selepas melancarka­n lagu ‘Biar Cinta’ tahun lalu, kini bintang berbakat besar itu kembali dengan karya terbaru yang berjudul ‘Kau Pun Sama’.

Lagu ‘Kau Pun Sama’ juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe, seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik.

Dan berbeza dengan karya-karya Syamel sebelum ini, ‘Kau Pun Sama’ merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangk­an penyanyi itu.

“Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak laju keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan. Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Dan andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” ujar Syamel tentang lagu tersebut.

Pihak Rocketfuel Entertainm­ent yakin bahawa buah tangan terbaru Syamel ini pasti akan diminati para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang lebih segar dan ‘catchy’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia