Utusan Borneo (Sabah)

Peringatan untuk belanja berhemah

Pendedahan mengenai hutang, liabiliti negara

-

KUALA LUMPUR: Pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.087.3 trilion adalah sebagai peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar lebih berhemah menguruska­n kewangan dan mengambil langkah sewajarnya dalam mentadbir negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk I r Amir u d di n Hamzah berkata pendedahan itu juga tidak bermaksud mahu memburukka­n imej kerajaan terdahulu.

“Tujuan kita sekadar mengingatk­an kerajaan bahawa inilah kedudukan hutang langsung dan liabiliti yang kita ada supaya kita dapat menguruska­n kewangan negara dengan lebih bijak dan ‘ prudent’ supaya kita mendapat ‘value for money’ bagi setiap projek yang kita laksana untuk kebaikan rakyat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, Rabu.

Beliau menjawab pertanyaaa­n Senator Datuk Yahaya Mat Ghani berkaitan hutang negara.

Beliau berkata langkah kerajaan dalam mengambil kira kesemua hutang dan obligasi adalah lebih berhemah dan realistik khususnya daripada aspek pengurusan kewangan negara.

“Langkah ini adalah untuk memastikan sebarang keputusan yang diambil kerajaan adalah lebih menyeluruh dan tidak membebanka­n kedudukan kewangan kerajaan berdasarka­n maklumat yang lebih tepat dan komprehens­if,” katanya.

Amir u d di n berkata keyakinan pelabur dalam jangka sederhana dan panjang juga akan lebih kukuh berikutan langkah kerajaan yang lebih cekap, bertanggun­gjawab dan telus.

 ??  ?? AMIRUDDIN
AMIRUDDIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia