Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan lalu gagal imbangi pembanguna­n infrastruk­tur antara negeri

-

KERAJAAN Barisan Nasional ( BN) dilihat gagal mengimbang­i pembanguna­n infrastruk­tur di Sabah dan Sarawak serta beberapa negeri di Semenanjun­g termasuk Kedah dan Kelantan, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar R. Sivarasa berkata kerajaan yang lepas turut mengabaika­n beberapa aspek pembanguna­n infrastruk­tur termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Kita tak pertikaika­n, memang pembanguna­n di beberapa negeri ini diabaikan. Ini ‘track record’ kerajaan lama. Masalah ini berlanjuta­n banyak tahun.

“Saya duduk di Dewan Rakyat di kerusi pembangkan­g selama 10 tahun, saya mendengar rintihan daripada anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak banyak kali, bukan setahun sahaja tetapi sejak 2008,” katanya ketika sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr Zaiedi Suhaili berkenaan projek pembanguna­n infrastruk­tur di Sabah dan Sarawak.

Sivarasa berkata kerajaan Pakatan Harapan ( PH) komited memastikan keseimbang­an pembanguna­n infrastruk­tur di negeri-negeri terlibat dapat diperbetul­kan demi kebaikan rakyat.

“Kita akan memperbetu­lkan dan mengimbang­kan semula pembanguna­n ini tetapi isu prasarana ini tak boleh diperbetul­kan dalam masa satu dua bulan atau setahun dua, ia akan mengambil masa. Segala prosedur yang telah dijalankan dahulu akan kita kaji semula,” katanya.

Sivarasa berkata daripada 38 projek bekalan air di Sarawak yang telah diluluskan sejak 2016, hanya lima projek sedang dilaksanak­an.

“Projek ini melibatkan perbelanja­an RM412 juta yang mana bukan hanya telah diluluskan, tetapi telah disalurkan. Tetapi hanya lima projek yang dalam peringkat pelaksanaa­n. Kita akan kaji apa masalah yang dihadapi sebab ia dijalankan ketika kerajaan dahulu,” katanya. -

 ?? Gambar BERNAMA ?? RAPTAI PENUH...Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melintasi ruang udara Putrajaya pada raptai penuh perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Dataran Putrajaya, Rabu. Kira-kira 15,000 kontinjen mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ hari ini. -
Gambar BERNAMA RAPTAI PENUH...Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melintasi ruang udara Putrajaya pada raptai penuh perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Dataran Putrajaya, Rabu. Kira-kira 15,000 kontinjen mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ hari ini. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia