Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bantah pengambila­n padang bola di Tok Bali

-

PASIR PUTEH: Hampir 1,000 penduduk Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali di sini, mengadakan demontrasi aman bagi membantah cadangan kerajaan negeri mengambil alih padang bola di kampung itu untuk dimajukan dengan projek perumahan bernilai tinggi.

Penduduk, kebanyakan­nya bekas peserta projek tanaman tembakau Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ( LKTN), diketuai Che Awang Ismail, 53, mendakwa sekumpulan pegawai dari Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Pasir Puteh telah mengadakan kerjakerja ukur dan menanam batu sempadan sejak tiga hari lepas bagi tujuan itu.

Che Awang mendakwa kerajaan negeri bercadang ingin memecahkan kawasan tersebut kepada 20 lot berkeluasa­n 7,000 kaki persegi dan akan dijual dengan harga RM350,000 setiap lot.

“Dahulu kawasan ini diberi kepada peserta t a n ama n tembakau sejak 1982 sebelum ia dihentikan. Kami tak bantah jika ia dibangunka­n dengan projek awam seperti pembinaan sekolah, hospital ataupun projek perumahan awam.

“Padang bola berkenaan amat penting kepada penduduk di sini terutama golongan belia yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat beriadah dan aktiviti kemasyakat­an,” katanya ketika ditemui mengadakan bantahan di kawasan tersebut di sini, Rabu.

Seorang lagi peserta, Mek Munah Daud, 67, berharap pihak berkenaan dapat mengadakan sesi dialog dengan penduduk bagi menyelesai­kan masaalah itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata terdapat salah faham dalam kalangan penduduk mengenai projek itu.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membina Hospital Islam, bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali dan projek perumahan awam bagi penduduk setempat.

“Rizab padang bola seluas 0.92 hektar masih disediakan. Bagi saya apa yang berlaku sudah selesai,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia