Utusan Borneo (Sabah)

Jelius tabik pemain Pool Tertutup Sabah di Inanam 10-15 September

Tumbangkan Selangor 2-1 pada saingan Kumpulan D Piala Malaysia

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Jelius Ating `tabik’ kepada kejayaan anak didiknya menumbangk­an Selangor 2-1 pada perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Sabah ke atas pasukan bergelar The Red Giant itu di mana pertemuan pertama pada perlawanan terakhir pusingan pertama di Stadium Likas 18 Ogos lalu juga berkesudah­an sama.

“Cabaran semalam bagaimanap­un lebih getir kerana Selangor dalam keadaan terdesak untuk menang bagi menghidupk­an peluang mereka ke suku akhir. Mereka memberikan segalasega­lanya pada perlawanan itu.

“Sebab itu saya tabik kepada pemain kita kerana bukan sahaja berjaya mengekang semua usaha pasukan tuan rumah tetapi menamatkan perlawanan itu sebagai pemenang,” kata Jelius ketika dihubungi pada Rabu.

Kedua- dua gol Sabah dijaringka­n gandingan penyerang importnya, Hector Omar Ramos Lebron pada minit ke-52 dan Rodoljub Paunovic pada minit ke-85, manakala gol saguhati Selangor dijaringka­n menerusi sepakan penalti Rufino Segovia pada masa kecederaan.

Kemenangan itu meletakkan sebelah kaki Sabah ke suku akhir dengan kini mereka hanya perlukan satu mata dari baki dua perlawanan bagi mengesahka­n tempat.

Ia sekaligus menutup pintu ke suku akhir buat Selangor, pasukan bergelar The Red Giant yang memiliki rekod paling banyak bergelar juara (33 kali) kejohanan berpretij negara itu.

Selepas empat perlawanan, Sabah kini mendahului Kumpulan D dengan 10 mata diikuti Pahang (lapan mata), PKNP ( empat mata) dan Selangor di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Hanya dua pasukan teratas akan layak ke pusingan suku akhir.

“Ada kepuasan apabila mengalahka­n pasukan seperti Selangor...bukan sekali tetapi dua kali berturut-turut dan mereka adalah pasukan dari Liga Super dan juara Piala FA musim ini.

“Percaturan kami menjadi. Kita tahu Selangor akan menyerang habis- habisan dan jelas mereka lebih banyak menguasai permainan tetapi akhirnya keputusan yang diambil kira dan ianya berpihak kepada kita.

“Apabila mereka sibuk menyerang pada masa yang sama kubu pertahanan mereka terbuka. Kami manfaatkan keadaan itu dengan melakukan serang balas pantas dan ianya menjadi,” kata Jelius.

Apapun katanya, tugas Sabah belum selesai tetapi kemenangan itu meringanka­n beban tekanan bagi menghadapi baki dua perlawanan.

“Kita kini hanya perlukan satu mata dari baki dua perlawanan untuk sahkan tempat ke suku akhir. Inilah tumpuan kita seterusnya,” kata Jelius sambil memberitah­u bahawa mereka akan terus berada di Semenanjun­g Malaysia untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang PKNP FC pada 2 September.

Sabah akan menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Pahang di Stadium Likas pada 16 September. KOTA KINABALU: Persatuan Snuker dan Biliard Negeri Sabah (SSBA) akan menganjurk­an Kejohanan Pool 9-Bola Tertutup Sabah 2018 di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam bermula 10-15 September.

Presiden SSBA Frankie Kok ( gambar) berkata, kejohanan tajaan utama SSBA dan Sheffield itu hanya terbuka untuk pemain warganegar­a Malaysia yang bermastaut­in di negeri ini sekurang- kurangnya dua tahun.

“Kejohanan ini mengenakan yuran penyertaan RM65 untuk pemain dewasa, manakala yuran penyertaan pemain berusia 16 tahun ke bawah adalah percuma.

“Pihak penganjur berharap, kejohanan ini akan terus menjadi medan SSBA untuk mencungkil bakat-bakat baharu untuk mewakili Sabah,” kata beliau ketika ditemui di Inanam pada Rabu.

Beliau berkata, pertanding­an yang akan bermula jam 6.00 petang setiap hari itu menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara manakala naib johan RM900.

Dua pemain yang tewas di separuh akhir akan menerima RM350 manakala empat pemain yang tewas di suku akhir pula akan menerima RM150 seorang.

Selain itu, juara, naib johan dan dua peserta yang tewas di separuh akhir juga akan menerima sebuah trofi.

“Pertanding­an akan dimulakan secara Double Eliminatio­n (kalah dua kali) melibatkan perlumbaan memenangi tujuh perlawanan sehingga ke perlawanan 16 terbaik yang akan dijalankan secara `kalah-mati’.

“Perlawanan 16 terbaik dan suku akhir akan melibatkan perlumbaan memenangi sembilan perlawanan manakala perlawanan separuh akhir dan akhir akan melibatkan perlumbaan memenangi 11 perlawanan,” jelas Frankie.

Beliau berkata, pertanding­an akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang Persekutua­n Snuker dan Biliard Malaysia ( MSBF) di mana setiap pemain dimestikan mengenakan pakaian kemas sepanjang mengikuti kejohanan itu.

“Para peserta sama sekali tidak dibenarkan memakai singlet, seluar pendek dan selipar bermain di kejohanan ini,” tegas Frankie.

Menurut beliau, tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 September dan undian perlawanan akan diadakan pada 9 September bermula 7.30 petang di arena pertanding­an.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i 088-395637 (Sheffield), 0198417953 ( Frankie), 0138518765 (Liau Mun Loong), 016- 8209642 ( Kok Jken Yung) atau 019- 9835963 (Sam Loh).

Cabaran semalam bagaimanap­un lebih getir kerana Selangor dalam keadaan terdesak untuk menang bagi menghidupk­an peluang mereka ke suku akhir. Mereka memberikan segala-segalanya pada perlawanan itu. JELIUS ATING Ketua jurulatih

 ??  ??
 ??  ?? Piala Malaysia
Piala Malaysia
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia