Utusan Borneo (Sabah)

West Ham terselamat, Cardiff, Huddersfie­ld dan Brighton tersingkir

-

LONDON, England: West Ham United terselamat dari dimalukan oleh kelab Liga Satu, Wimbledon untuk mencipta kemenangan pertama sejak di bawah bimbingan Manuel Pellegrini, sekali gus melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Piala Liga Inggeris ketika tiga kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City, Huddersfie­ld dan Brighton tersingkir Selasa lepas.

West Ham mengalami tiga kekalahan berturut- turut dalam liga musim ini walaupun Pellegrini, pengurus baharu kelab, membelanja­kan hampir 100 juta pound untuk pemain baharu dan ketinggala­n seawal minit kedua menerusi tandukan Joe Pigott di Kingsmeado­w.

Tetapi Wimbledon kehilangan seorang pemain pada minit ke-18 apabila Rob McDonald dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan sebelum gol dalam separuh masa kedua dari Issa Diop, Angelo Ogbonna dan Javier Hernandez memastikan kemenangan 3-1 buat West Ham.

Permulaan buruk Cardiff pada musim sulung di Liga Perdana berterusan apabila tewas 1-3 kepada kelab Liga Kejuaraan, Norwich City.

Saido Berahino menjaringk­an gol pertama sejak Februari 2016 untuk membantu Stoke ke pusingan 32 akhir kejohanan apabila menewaskan Huddersfie­ld 2-0.

Leicester juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Fleetwood Town 4-0 dengan Rachid Ghezzal menjaringk­an gol pertamanya untuk kelab.

Bournemout­h, Fulham dan Wolves bagaimanap­un meneruskan kemaraan selepas masing-masing menewaskan MK Dons, Exeter dan Sheffield Wednesday.

Crystal Palace memerlukan gol pertama Alexander Sorloth untuk menewaskan Swansea 1-0.

Pada perlawanan lain, kelab Derby, yang dibimbing bekas bintang tengah England, Frank Lampard, tewas 0-4 kepada Hull City sementara jurulatih Marcelo Bielsa merasai kekalahan pertama sebagai jurulatih Leeds apabila pasukannya tewas 0-2 kepada Preston dan Aston Villa tewas 0-1 kepada kelab Liga Satu, Burton Albion. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PEMAIN West Ham, Andriy Yarmolenko mengawal bola ketika beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga Inggeris menentang Wimbledon di Stadium Cherry Red Records, London Isnin lepas.
— Gambar Reuters PEMAIN West Ham, Andriy Yarmolenko mengawal bola ketika beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga Inggeris menentang Wimbledon di Stadium Cherry Red Records, London Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia