Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia gagal raih pingat hari kedua berbasikal trek

-

JAKARTA: Skuad berbasikal trek negara mempamerka­n persembaha­n hambar apabila gagal meraih sebarang pingat pada hari kedua pertanding­an pada Sukan Asia JakartaPal­embang 2018 di Velodrom Antarabang­sa Jakarta, pada Rabu.

Skuad lelaki negar a gagal mara ke final acara kejar-mengejar berpasukan lelaki selepas tewas kepada Thailand pada saringan pertama.

Gandingan negara - I rwandi e Laka s ek, Muhammad Nur Aiman Rosli, Muhamad Afiq Huznie Othman dan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff mencatat masa 4 minit 15.768 saat, manakala pasukan Thailand dibarisi Sarawut Sirironnac­hai, Patompob Phonarjtha­n, Yuttana Mano dan Navuti Liphongyu melakar 4:14.789 saat.

Be rda s a rkan forma t pertanding­an, hanya juara setiap empat saringan layak ke aksi pingat emas, perak dan gangsa.

China me r a ih ema s acara berkenaan setelah menewaskan Hong Kong pada aks i penentua n pingat emas, manakala Jepun memenangi pingat gangsa setelah menewaskan Kazakhstan pada saingan penentuan pingat gangsa.

Nasib sama turut menimpa dua pelumba wanita negara, Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi yang menamatkan saingan acara keirin pada kedudukan kesembilan dan ke- 12 daripada 12 peserta.

Untuk rekod, Malaysia meraih satu perak dalam acara pecut berpasukan lelaki menerusi gandingan Mohd Azizulhasn­i Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis pada hari pembukaan berbasikal trek, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia