Utusan Borneo (Sabah)

Atlet papan selaju Malaysia dikejar ke hospital

-

PALEMBANG: Atlet papan selaju Malaysia, Christina Lai Grace terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan sebelum final acara Park wanita Sukan Asia Jakarta- Palembang 2018 pada Rabu.

Atlet muda berusia 13 tahun itu yang berpotensi untuk meraih pingat, mengalami kecederaan di bahagian pinggul sebelum acara itu bermula di StakeBoard Stadium, Jakabaring Sports City di sini.

Christina terjatuh ketika sedang membuat latihan bersama- sama lima lagi peserta aksi final pada pagi ini, dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di gelanggang.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu kemudian diusung keluar dari gelanggang ke bilik perubatan di venue untuk pemeriksaa­n lanjut, sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans, sekali gus terlepas aksi final.

Timbalan Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia (Palembang), Datuk Dr SS Cheema, yang dilihat sempat memeriksa Christina sebelum pasukan medik membawa atlet itu ke hospital, berkata kecederaan itu tidak begitu serius, tetapi keputusan tepat hanya boleh diperoleh selepas imbasan X-ray dan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Amat malang kerana beliau terjatuh sebelum bermulanya acara (final)… beliau berasa agak sakit terutama di pinggul dan bahagian bawah belakang. Saya ada memeriksan­ya, tampak tidak teruk, saya minta mereka ( pasukan medik) buat X- ray dan MRI.

“Beliau seorang atlet yang bersemanga­t tinggi, beliau menangis bukan kerana sakit tetapi tidak dapat beraksi pada final. Saya beritahuny­a yang beliau masih ada masa yang panjang dalam sukan ini, pergi buat pemeriksaa­n dan kembali semula dan teruskan perjuangan dalam sukan ini dengan gembira.

“Diharapkan bel iau akan sembuh, tetapi pas t inya t idak dapat menyertai pertanding­an ini, membuatkan kami dan rakyat Malaysia berasa hampa,” kata Dr Cheema yang merupakan seorang doktor di Kuala Lumpur.

Sementara itu, jurulatih negara, J o hari F i t r y Khairrudin yang lebih dikenali sebagai Joe Ipoh, berharap Christina akan sembuh secepat mungkin untuk meneruskan penyertaan dalam sukan ekstrem itu. “Tadi saya pun tak berapa nampak kerana duduk di tempat penonton, masa dia ‘fly’ itu, mungkin dia terjatuh. Memang kecewa, tetapi harap- harap dia sembuh cepat,” katanya.

Sukan papan selaju atau skateboard buat kali pertama dipertandi­ngkan di Sukan Asia pada kali ini dan bakal diperkenal­kan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

 ?? -Gambar Bernama ?? CHRISTINA dibantu anggota paramedik setelah mengalami kecederaan ketika sesi pemanasan diri sebelum memulakan pusingan akhir acara Park Wanita Sukan Asia 2018 di Stadium Papan Selaju Bandar Sukan Jakabaring.
-Gambar Bernama CHRISTINA dibantu anggota paramedik setelah mengalami kecederaan ketika sesi pemanasan diri sebelum memulakan pusingan akhir acara Park Wanita Sukan Asia 2018 di Stadium Papan Selaju Bandar Sukan Jakabaring.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia